April 1, 2009
Wah tajuk panjang hehehe… sebenarnya takde ape pon. Tengah counting day untuk Birthday Afiq yang pertama. Dah 1 tahun anak bujang ku… layan jela gambar secara random hehehe…


Cara baru dia tido…

masak sambil merasa… rasa patung hehehe

Arrrghhhh… makan budak…

Best betul dapat tdo camni hehehe….

Chelsea… Chelsea… comotnya adik…
Mac 19, 2009
Sindrom biasa yang semua akan lalui huahuahua… bersarang tebuan terus blog aku ni. Baru je lepas kenduri adik ipar aku. penat pon tak hilang lagi ni. Pasangan mempelai pon dah berada di Bali huhuhu… I need vacation… tak sabar nak tunggu bulan Mei 2009. layan je la gambar sekeping ni… kenduri aritu tak sempat nak pegang camera… tunggu jela gambar dari our pro photog kay. Enjoy your day… will update later.

Afiq serius…
Februari 23, 2009

Seletah 6 tahun tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang. Pada 13 Feb 2009, kami bertiga pergi ke TGV KLCC dan Afiq tinggal bersama babysitter (sian sok dah besar leh join k). Nasib baik teknologi sekarang ni dah maju bole tempah tiket online sajer dan charge RM 1 sahaja, ok la tu kan dari nak beratur panjang-paanjang kan. Kekok jugak nak beli tiket wayang ni biasalah dah nak dekat 6 tahun tak pegi tengok wayang. Aku peminat filem animasi lebih-lebih lagi Filem 3D. Dan Tahniah pada production Les qupac (betul ke eja ni) kerana menghasilkan filem geng ini.
Aku menilai Filem ini dari 4 aspek. Pertama skrip, kedua storyboard (papan cerita), ketiga animasi, keempat pelakon. Aku rasa ni skrip ni antara yang betul-betul mantap yang dihasilkan untuk Filem Geng ini. sebabnya kalau kita mempunyai animator yang dapat menghasilkan animasi yang bagus tetapi skrip tyang tak begitu hebat jadinya filem animasi tersebut kaku dan tiadak menarik. Kedua dengan gabungan skrip yang mantap dan penghasilan story board yang begitu teliti menghidupkan filem animasi Geng ini. Kalau korang tak percaya korang tengok filem ni dari mula sampai akhir memang gelak sampai nak pecah perut. Filem ni juga diselitkan dengan adegan-adegan cemas dan membuatkan kita suspen bile tonton huhuhu seronok. Keempat, penghasilan animasi yang berjaya. Well… memang takleh nak bandingkan dengan filem animasi luar tapi bagi aku animasi dia memang dah cukup menarik dengan suasana kampung cantik dan bagi aku ferfect. Keempat, pelakonnya aku ucapkan syabas dan tahniah kerana dapat menghidupkan watak dalam filem Geng ini. Aku rasa semua pelakon dalam filem ini bukan pelakon yang pernah membintangi drama atau filem. Syabas dan tahniah aku ucapkan pada diaorg.
Saper-saper yang belum menonton filem ni jangan lepaskan peluang. Filem Animasi yang terbaik. Syabas dan Tahniah pada produksi filem ini (4 1/2 bintang aku bagi daripada 5 bintang)
Februari 23, 2009
Ok lah THAT IT. Cukup lah sampai 3 entri pasal bumbung aku bocor nih… so buat kali yang ke berapa kali semalam bumbung rumahku bocor lagih (bole imagine tak macamana hatiku luluh tgk air bergenang kat lantai). Apa lagi aku terus telefon kontraktor bengonmg tu. Dah puas aku maki hamun dan dia merayu mintak tolong kat dia. Aku terus bagi kata dua kat dia. Dia boleh baiki tapi kalu bocor lagi aku mintak ganti rugi. Dia masih lagi nak teruskan membaiki bumbung rumah aku tu. Masalahnya dah berapa kali dah baiki, bocornya tetap sama, tempat yang sama macam takde apa-apa perubahan. seolah-olah macam takde pape yang dia baiki. Sekarang ni almari aku dah rosak dan katil pon dah kena air jugak (nasib yang sama macam almari).
Aku pon dah berbincang dengan bini aku semalam dan dia pon dah maklumkan pada rakan pejabat dia (hubby dia yang rekemen kontraktor ni), dan aku suh mintak ganti rugi separuh daripada kos sebenar. Dan makluman yang aku dapat bile dia dah bagitau kat rakan pejabat dia, dia suh tamatkan apa yang kontraktor ni buat dan dia akan bagi kontraktor yang baru selesaikan masalah bumbung rumah aku. Aku setujulah tak perlu aku kuarkan duit repair bumbung rumah ni (sebab nak mintak duit balik dari kontraktor bengong ni memang dah takde dah lebur dah duit tu). Sehingga hari ini aku phobia bile hujan sampai tahap macam tu sekali aku punya perasaan.
Aku beranggapan 2 perkara pasal bumbung rumah aku ni. Pertama, dia tak ikut spect seperti yang aku mahu, bumbung ni tak cukup tinggi (curam) air tak dapat mengalir dengan laju bile hujan. Kedua, bahan yanga digunakan adalah low kualiti contohnya kalu ikut kos sebenar barang-barang kesemuanya RM 8 k tapi dia dapat beli RM 5 k. So dia cut kos kat situ untuk dapat lebih banyak untung. Malam ni aku nak bincang dengan kontraktor bengong ni untuk tamatkan kerja-kerja dia dan aku berharap dengan kontraktor baru ni takde lagi masalah seumpama ini lagi. Aku dah cukup menderita tolongggg lahhhhh….
Februari 10, 2009
Sebenarnya aku MC arini. Tau kenapa? Kesemuanya bermula sebab pembaikan bumbung yang takde kesudahan ni. Semalam aku baru balik dari Melaka. Hari sebelumnya aku satu famili + famili mak mentua aku pi ke JB untuk urusan menjemput kenduri kawin adik ipar aku pada pertengahan bulan 3 ni. Yelah dah penat cuti 3 ari pi jalan-jalan sampai kat rumah pon dah pukul 5 lebih. Masa sampai belum start hujan. Tengah sedap mengemas baju n basuh baju hujan dah turun dengan lebatnya. Kali ni memang betul-betul lebat dengan angin yang kuat. Dan untuk kali yang keberpa aku tak ingat dah bumbung rumah aku bocor lagi tapi yang buat aku sakit hati bocor tempat yang lain. Kat dalam bilik no 3 aku n kat ruang tamu. Darah aku memang betul-betul mendidih kali ni. Sebab hari sebelum tu (Ahad) dia datang buat bumbung ni. Aku memang betul-betul pelik sebab takan lah takde perubahan dah banyak kali repair dan jadi lebih teruk daripada sebelumnya.
Aku terus cal kontraktor tu suh datang pada petang tu jugak n pada belah malam pukul 8.00 mlm baru muncul muka dia. Aku dah malas nak layan sangat dah aku tanya dia ape solution. Takat maaf budak-budak boleh cakap kan. Dia cakap sebab bumbung ni tak cukup cerun maksudnya tak cukup tinggi. So ape dia nak buat pasni di nak tambah lag 10 kaki bagi cukup cerun untuk air cepat mengalir. Benda ni aku dah bagitau dia berulang kali kena tinggikan bumbung sebelum dia buat pembaikan tapi tanak dengar. Tu aku cakap bodoh sombong. Susah nak makan ajar. Sekarang ni dia cakap dia akan buat dan dia cakp dia takde untung buat benda ni. Itu bukan masalah aku lah kan sape suh tak ikhlas wat keje betul tak? Keje nak kelentong orang, nak dapat untung lebih. Ini lah akibatnya. Aku bersyukur jugak pada tuhan sebab tunjukkan benda ni kat aku sekeluarga. Buatnya 1 tahun atau 2 tahun bocor mana aku nak cari dia? Carik dia bole tapi nak selesaikan mungkin kena tambah duit lagi. Ada hikmahnya disebalik setiap kejadian.
Dah settle pasal bumbung dia nak betulkan terus aku takde mood nak makan. Tu yang arini perut aku kembung,pening demam. Sudahnya aku pi klinik. Tak pasal-pasal dapat penyakit.

Napak tak air menitik dari celah lampu tu.

Abis almari aku rosak.

Dah jadi cam hape bilik no 2 umah ni. Habis katil pon rosak.
Januari 30, 2009

Sebenarnya aku tak tau camner nak mulekan citer ni. Awal tahun ni (kire awal Januari) rumah aku ada wat major reno lah. Kontraktornya kire rekeman kawan opis bini aku. So we all decide setuju la dengan the price yang ditawarkan untuk major reno ni. Harga yang ditawarkan oleh kontraktor tu termasuk tinggikan bumbung bilik aku ( gambar di atas), tambah bumbung kat belakang (tempat sidai baju), buat rak kasut + stor peralatan, buat batu kat pokok mangga depan rumah aku dengan repair benda kecik-kecik yang lain.
Apa yang buat aku sakit hati kerja dia sebenarnya ok cantik la tapi finishing dia teruk dan apa yang aku alami sekarang ni bilik aku banjir bila hujan dan dah 4 kali dia buat benda ni. WTF kan… mule la aku nak mencarut ni. Semalam pon petang hujan dan aku pon call dia cakap bocor lagi. Darah aku dah le mendidih time tu tapi aku sabar lagi pastu dia cal aku balik nak magribtanya aku dah sampai ke belum, aku ckp dah pastu dia cakap esok (arini dia repair lagi) dengan kaedah lain. Aku buat endah tak endah je ape dia cakap tu. Bengang takyah citer la. Almari baju aku sampai rosak bile kena air hujan tu.
Pastu yang buat aku sakit hati lagi, member bini aku ada sound kat dia buat kerja elok-elok sebab dia yang rekemen. Pastu bole dia ckap dia wat reno ni dia tak dapat untung sebab dia code salah (hal ni kontraktor tu tak citer kat aku tapi dia citer kat member bini aku tu). Masa mule-mule dia datang dan kali kedua dia datang aku suruh dia ukur dan buat anggaran berapa tapi dia bole cakap tak perlu dia tahu. See bodoh kan kontraktor ni pastu cakap rugi takde untung. Dah le kejab-kejab minta duit nak beli barang itu ini tapi hasil tak semenggah. Sorilah ye aku takan promot ko kat sape-sape hasil kerja yang sangat teruk. Pasal bumbung tu aku ada cakap kat dia suh tinggikan yang atas (puncak tengah-tengah) tapi tak nak dengar. Sekarang ni air nak mengalir kat bumbung bilik aku sbb bumbung bilik aku dah naik sikit kire air tak mengalir sampai ke gutter. Aku takde ilmu kontraktor pon tau dia dah biasa buat lagi tak tau camner nak selesaikan. Bengang betul aku.

Gambar dalam bilik masa naikkan batu, tinggikan bumbung.
Nota kaki : Sorilah my wife tak sempat nak jawab tag u tu idea tengah takder.
Januari 6, 2009
Aku ni kalau stress terbalik pulak rajin update blog. Kan dulu aku ada berjanji nak letak gambo kawin aku. Selak album lama terjumpa dengan album amik kat studio. Kalau dulu takde outdoor shooting so kitaorang amik studio shooting. Kire time ni kalau nak kawin takde shooting dalam studio tak glam la gitu hehe… Studio ni kat jalan Ipoh dan amik masa 1 hari untuk shooting. Start kol 9 pagi habis dalam kol 4 petang gitu. Fhew… korang layan jelah gambo ni. Aku tengok balik dengan bini aku nak pecah perut aku ketawa (tapi korang jangan gelak basau-besau kantoi kat bos nanti).

Pakaian pengantin Melaka.

Ni pakaian negeri mana aku tak tau, apsal muke aku macam orang baru bangun tido hehehe…

Sudah jangan gelak lebih-lebih hehehe…

Muke aku macam pak arab betul kan hehehe…

Ni bergambar masa musim spring kat Eropah.

Bergambar kenangan selepas konvo kat Itali.