Monthly Archives: September 2008

Esok Hari Raya… Esok Hari Raya

Yup esok hari raya dan aku masih lagi bertugas di organisasi yang aku cintai ini. Kalau di melaka hari ini disebut mantai iaitu hari sebelum Hari Raya. Kalau kat rumah mak aku sekarang ini tengah sibuk buat persiapan untuk esok. Menu untuk esok kat rumah Melaka adalah rendang ayam, rendang daging, rendang itik (aku kureng sikit makan itik ni tapi bile wat rendang sedap), sambal udang, sambal ikan bilis, serunding kelapa, kuah kacang, makan dengan ketupat (masa aku taip ni air liur dah kecur dah ni). KL jalan pon sudah lenggang. Agak mudah untuk aku merempit (kereta bukan moto ye). Menjelang nak raya (semalam) ni ramai lagi orang shopping last minit seperti aku hehehe… Alah bukan beli baju cuma beli butang baju melayu untuk ayah aku dengan anak buah aku je. Member opis sempat rembat baju lagi (t-shirt raya). Semalam banyak jugak pahala kurang terutama semasa bayar tiket parking (pentadbiran tau la hal ini).

Bro amik la baju golf ni.Smart Bro…

Aku takleh amik baju yang belang ni… nanti nampak kebesaran…

B**** la, kata tak nak amik baju belang-belang ni amik jugak.

Ye ke?Aku ade cakap ke td?… aku ada terbaca je dalam artikel, badan macam aku takleh baju belang-belang tapi terpulang pada kehendak kita nak atau tidak.

Hampeh… tu la dia nafsu shopping raya. Nafsu mengatasi segala-galanya. Tu selagi tak takbir pagi raya masih lagi ade berkeliaran kat jalan TAR nak beli barang.

Oklah kepada pembaca blog aku ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya sekali lagi dan selamat memandu balik kampung (selamat pergi dan balik). Petang ni baru aku dan famili akan pulang ke Melaka tapi tak tau lepas Zohor atau lepas Asar. Tengok keadaan lebuh raya maca mana dulu. Dan kepada member aku yang nak balik kampung Selayang tu pastikan kereta diservis, minyak isi full (takut habis ditengah jalan, Selayang dengan Pantai Dalam jauh ok). Brek keta tu kasi dia makan nasik dulu sebelum memulakan perjalanan.Nanti brek tu dah kenyang dan dia makan (petua ni).

11 Komen

Filed under Macam-macam

What To Do…

Semalam kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini 25 September 2008. Hampeh… aku baru je isi penuh minyak keta aku semalam 35 liter kesemuanya. Bile kira balik aku cuma rugi RM 3.50 je. Erm… takde la banyak sangat (ayat nak menyejukkan hati).

Kadar inflasi Ogos 8.5%

Baru turun sikit minyak RM 0.15 sebelum ini kadar inflasi bulan Ogos naik sebanyak 8.5%. Kalau minyak turun 10 sen seliter baper agaknya kadar inflasi kita ye? Erm… aku serba salah nak suka atau tidak dengan penurunan harga minyak ni. Kadar inflasi 8.5% aku rasa tinggi kat Malaysia untuk bulan Ogos. Bawak RM 50 ke pasar raya berapa jenis barang je yang dapat dibeli. Mata wang ringgit semakin tidak bernilai. Kalau beli barangan asas untuk anak-anak seperti susu dan lampin pakai buang. Bawak RM 100 hanya lepas susu budak 2 tin. Lampin pakai buang lepas 2 bungkus sajer 84 keping untuk RM 100. Kira tiap-tiap bulan kena keluar dalam RM 350 untuk anak-anak. Bukan aku jenis berkira nak cerita kat sini tapi apa yang aku nak tekankan nilai ringgit kita dah tidak bernilai. Tu belum masuk bab makan, keperluan asas dan lain-lain. Harga barang semakin hari semakin naik. Bukan harga minyak turun harga barang akan turun. Renung-renungkan…

So What To Do… sebagai rakyat harus terus berterima kasih di atas penurunan harga petrol dan berharap akan terus turun lagi.

Nota kaki : Baper agaknya nak bagi budak-budak duit raya tahun ni?aku rasa sama jela mcm tahun lepas takde naik takde turun. kalau komplen jugak budak-budak ni terus aku rampas balik hehehe… nak tunggu zAs bagi komen. Dia kan pakar ekonomi.

17 Komen

Filed under Uncategorized

Selamat Hari Raya

Antara sedar atau tidak kita seringkali ada melakukan kesilapan,menguris hati orang lain,kata-kata yang menyakitkan sama ada yang nampak atau tidak nampak. Dikesempatan ini aku dan sekeluarga ingin mohon ampun dan maaf. Ramai jugak yang bertanya kepada aku, kenapa aku dah start berkerja pada hari raya ketiga. Ini jawapannya…

1. Berkerja adalah ibadah.

2. Ingat balik alasan pertama tadi berkerja adalah ibadah.

3. Ingat balik alasan pertama dan kedua tadi bekerja adalah ibadah.

Sekian, harap dapat menjawap soalan kalian. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan kepada yang memandu balik kampung tu berhati-hati di jalan raya ingatlah orang tersayang.

10 Komen

Filed under Ucapan

Happy Birthday…

Semalam 21/9/08 hari lahir isteri aku yang ke 30.Semalam juga aku belanje makan berbuka puasa di Crown Plaza Hotel makan bufet sempena hari lahir isteri aku yang ke 30.Happy Birthday yang… umur dah 30,semoga berjaya dengan apa yang dilakukan (kerjaya dan belajar).Ini kali ke 3 kami makan di sini dan makanannya so far sedap dan banyak pilihan.Dari kuih raya hingga ke daging rusa bakar (sedap ok yang ni). Harga pon bole tahan RM 90++ sekepala.Tapi bini aku dapat 50% diskaun sebab join privillege.Kalau nak Join bagitau la aku.Harga tak mahal dan aku rasa berbaloi sebab banyak diskaun untuk hotel-hotel tertentu dan dapat bilik free duk hotel guna privillege kad ni.

Sebelum tu (Sabtu 20/9/08)kami dah meraikan di Chili’s KLCC bersama-sama dengan adik-adik ipar aku dan mama.Makanan pon sedap jugak dan kekenyangan sepanjang malam.Okaylah enjoy all the foto.

3 Komen

Filed under Ucapan

Sekejab je…

Sedikit update pasal my anak bujang Afiq. Dah 5 bulan pada 16/9/09. setakat ini perkembangan sungguh menyihatkan. Lihat lah gambar. Last timbang masa 4 bulan aritu dah 7 kg lebih… sekarang aku rasa lagi la bertambah sebab baby sitter dah start suap bubur nasi yang diblend. Afiq katanya dah makan 2 senduk bubur nasi.

Sekarang ni bulan puasa tido dalam kol 10 malam (kadang-kadang lewat) dan bangun pukul 5 pagi. Setakat ni dah 18 Ramadan belum miss lagi la sahur aku ni. Alhamdulillah… Satu je perangai afiq ni, dia suka masuk tangan dalam mulut. Dia jolok-jolok tangan dia dalam mulut selalunya pas dia minum susu. Ape lagi kalau dah lepas minum susu dia jolok tangan masuk dalam mulut? Termuntahlah susu yang dia dah minum. Abis cadar katil aku, tilam dia, bantal dia, dengan baju seluar dia lencun kena muntah. Pas dia muntah dia senyum-senyum manje rileks je. Aku la kena tukar baju dia sebelum bawak ke rumah baby sitter. Minggu ni je dah 2 kali aku tukar cadar katil. 

Kak Long Diha pulak sekarang ni dah mula suka makan nasi. Orang berbuka je sibuk dia pon makan sekali. Siap baca doa dulu sebelum makan. Kalau terlupe dia ingatkan kita (alhamdulillah… bagus2). Makan pon sekarang habis tak mcm dulu makan  main-main jer selalu tak habis. Nak mintak tolong bole ler diharapkan tapi kadang-kadang tak dengar jugak cakap. Nak amik gambar sekarang sikit punya susah. suruh pandang kamera ade jela dia buat gaya macam-macam. Nak kasi gambar tu kelihatan unik la lain dari yang lain ler kononnya.

 

Nota kaki : Yeay esok aku cuti…

17 Komen

Filed under Famili

Bournous…

Iklan jab

Yeay kami menang Chelsea 4 Bordeaux 0. Sumber www.uefa.com

Tak sia-sia bangun pagi-pagi tadi tengok perlawanan ni.Mantap beb.Tak kisah la orang cakap lawan team lauk.Ape kau ingat kalau kau main bole score banyak tu?Silap-silap kau lawan team lauk tu yang melaukkan kau.Hehehehe… takde la emo ni intro je ni.

Semalam, orang-orang kat sini dah dapat suntikan vitaman B. Masing-masing sudah membayangkan pasar raya terkemuka dengan 70%, 60%, 50%, 30%, 10%, 5%. Rata-rata semua membayangkan pasar raya Jusco, Mydin, Sogo, Hero, Ong Tai Kim, Isetan, Usetan, Midvally, Parkson, KLCC, Robinson, Yaohan (lama siot tak sebut ni), The Garden, IKEA, Pertama Kompleks, Cambell, Semua House, Mark & Spencer, Sunway Piramid, Ampang Park, Ampang Point, Kedai Foto Selangor (member aku suke yang ni), UO, Giant, Carrefour wah dan banyak lagi.Ade jugak yang merungut vitamin B dipotong KWSP.Tapi ade eloknya dipotong sebenarnya. Nak harapkan kita simpan? Aku rasa seposen pon belum tentu lagi. Kalau RM 10.99 tu bole kuar dalam akaun, memang akan keluar punyalah.

Ada jugak yang tak dapat mengeluarkan bournous disebabkan pengurusan telah masukkan ke akaun lain (bukan akaun gaji). Tapi sekarang ni, kenapa bank bile bukak akaun kita tak dapat buku akaun? Kalau masalah orang yang hilangkan buku akaun, aku rasa dalam 10% je.Tapi jangan nak menyusahkan 90% pengguna lain. Sebab tak best bukak akaun bank tapi takde buku akaun. Apa bukti kita dah bukak akaun kat bank berkenaan. Setakat kad ATM je yang dapat. Katakanlah contohnyalah, buku akaun kita hilang, pihak bank boleh charge RM 50 – RM 100 ke… Cornfirm selepas tu pelanggan tu takkan hilang buku akaun. Kalau hilang pon dia takkan lapor pada bank, guna ATM kad je. Hehehehe….. Biler dah dapat Bournous ni tekak pon rasa lain macam ye tak?takde lagi dah pi pasar ramadan makan lauk semalam… minum air soya yang dicampur dengan air paip, takde lagi dah makan kuih tepung pelita tepungnya rasa hapak, ayam gorang rasa liat/mentah, kuah kari yang dah berbuih. Semua yang best-best je tergambar kat dalam kepala.Tolonglah ye kepada sesiapa yang meniaga di pasar ramadan ni cubelah berlaku jujur.Jangan recyle lauk semalam, kelmarin, minggu lepas.Dunia ni ibarat roda… (lu tak payah pikir-pikir jangan risau hehehe…).

Sebut pasal makan ni semalam dapat sms dari sorang member semalam time nak berbuka puasa “Fuh… tak sabar nak makan ni.Nasi Kandar plus ikan goreng plus sotong.singgah lak beli kari ayam kat mamak pwtc.Fuhhhh….” (Mesti member ni tak reti nak cari simbol “+” dalam hp dia.Tula pakai motorola lagi).Ape barang dah dapat bournous makan ikan gorang, sotong jer?Aku ingat udang sebesar tapak tangan tu 5 ekor, telur ikan, telur goreng, ayam masak hitam, kari kambing. cehhhh….

Nota kaki : Nanti aku wat entri kenape aku raya cuti 2 hari je dan raya ketiga dah masuk keje.Banyak timbul fitnah ni… kena jernihkan keadaan.

15 Komen

Filed under Macam-macam

Cheng… cheng… cheng…

Sedar tak sedar hari ini hari ke -15 kita berpuasa.Seperti yang kita sedia maklum, tinggal 15 hari sahaja lagi kita berpuasa dan menyambut bulan Syawal.Tapi entri kali ini  aku bukan nak bercakap pasal raya tapi seuatu yang lama aku tak dapat sekarang baru dapat.Mungkin rezeki aku balik kampung kelmarin membolehkan aku memberi barang tersebut.Nak tau ape dia? Cheng… cheng… Cheng…

Ni dia benda tersebut air botol kampung cap Long Chan (nostalgia ni nanti aku citer).

Air botol ni zaman aku kecik sampai la besar ni, cap dia masih sama, saiz botol yang masih sama, dan harga yang aku rasa masih sama lagik.Sejak 2-3 thn lepas ayah aku memang borong air botol ni setiap kali raya.Tapi aku frust tak dapat beli untuk dibawa pulang.Aku cuma dapat minum dipagi raya dan dihari raya sahaja di rumah mak ayah aku di melaka.Tapi aku sangat gumbira pada sabtu lepas kerana dapat membeli air botol kampung ini sebanyak 1 peti bersamaan 60 botol di dalamnya (ha ambik engkau 60 botol.Aku, bini aku, dengan anak aku (Diha) yang membelasah air botol kampung ni 60 botol).

Teka berapa satu peti ni? RM 28.00 + RM 7.00 (deposit peti + botol).Satu peti ni ada 60 botol. Sangat murah kan.

Masa awal ramadan lepas aku ada membeli air botol ni, tapi harganya sangat la mahal RM 15.00 untuk 12 botol.

Kalau dahulu zaman aku kecik-kecik, jika aku demam aku ade tiga pilihan :

Pertama : makan ubat cortal (sangat tidak suka walaupon sudah diletakkan perisa strawberi)
Kedua : minum air cap badak (saper-saper penah minum ni tau la rasa air ni)
ketiga : minum air sarsi cap long chan (yaaaaa… saya musti pilih)

Aneh jugak bile difikirkan pada hari ini, macamana air sarsi ni dapat mengubat penyakit demam aku (serius ni takde tipu-tipu ye).Dan apa yang membuatkan hati aku tertarik harganya masih maintain RM 0.49 sebotol sekarang ini.kalau dahulu zaman aku kecik-kecik air botol ini boleh didapati dikedai-kedai runcit dan warung-warung melayu dengan harga RM 0.70 hingga RM 0.80 sebotol (giler la markup).Kalau dahulu saper-saper yang minum air ini zaman aku kecik-kecik dikira kategori anak orang kaya,ayah dan maknya baru mendapat bonus atau duit kutu.

Pati ais krim soda.Sekarang dah jual pati, bole la bancuh air pasni.

Dialog antara aku dgn brader otai jual air botol ini:

Aku    : Bang bagi air botol ni satu peti campur eh (sarsi + ais krim soda + oren)

Brader Otai    : Boleh, kalau tak campur mana nak datang mabuk-mabuk ye tak?

Aku + Brader Otai : hakhakhakahakhakhakhak… hahahahahahaha (gelak jahat)

Saper-saper nak mabuk-mabuk pada hari raya, datang ler ke rumah aku hehehehehe…

19 Komen

Filed under Macam-macam