Hari pertama dan terakhir Diha sekolah…

Wah tajuk… mesti ramai yang nak buat speku ni. Oklah aku cerita satu persatu. biasalah aku dan bini aku amik cuti hari ni coz nak masukkan anak aku ke sekolah tadika kat jalan Gurney. Tadika ni bini aku dengan adik-adik ipar aku sehingga yang no 3 bersekolah kat sini. Yang bongsu pegi tadika tempat lain. Jadi, since bini aku kata tadika ni ok sebab dulu dia penah ke tadika ni aku pon setuju lah dan ada perkhidmatan bas mengambil dan menghantar anak aku ni. Segala yuran memang kitaorang dah settle dari bulan lepas lagi (excited anak masuk tadika kaedahnya). Pagi tadi kire 1st day lah Diha ke sekolah tu. So far aku dan bini aku amat berpuas ati dengan kaedah pembelajaran kat situ dan peralatan semua amat-amat kami puas hati tiada yang kurang. Dan layanan cikgunya very the tip top lah tiada yang kurang.

Tapi apa yang kami berdua kurang berpuas ati adalah perkhidmatan bas sekolah. Pada mulanya pihak sekolah tadika tu bagitau tiada masalah untuk bas mengambil dan menghantar Diha. Yela anak aku duk dengan babysitter kat area Setiawangsa dan ape yang pemandu bas tu bgtau kat bini aku dia tak boleh nak amik anak aku pagi2 kat setiawangsa tu sebabnya kalau dia amik jugak nanti jem dan dia lambat nak amik yang lain. Kitaorang sikit punya bengang dah la ko bagitau masa 1st day sekolah aku rasa macam nak lempang je pemandu bas tu. Pastu dia cakap lagi dia boleh amik anak aku kat rumah aku keramat tapi kol 7 pagi tapi anak aku kena duk sama-sama la dengan budak sekolah rendah (kire round-round la sebelum dia hantar ke tadika tu.Aku takde masalah dengan waktu ni sebab time ni pon kitaorg kuar rumah. Tapi kesian pulak Diha pagi-pagi kena bangun pastu duk dalam bas. Dan yang paling aku kesalkan aku selama ni ingat bas ade pembantu kire cam kelindan la macam lori (bukan ke wajib camtu sekarang ni?). Rumah baby sitter aku ni kuarters askar DTHO Setiawangsa. Kire rumah dia apartment la tapi dalam kawasan berpagar. Macamana dia nak antar anak aku masuk ke dalam sedangkan dia pemandu dan dialah jugak menguruskan perihal budak-budak ni. Aku dengan bini aku dah pening kepala tadi. Bini aku memang naik bas bersama dengan anak aku tadi dan dia cakap pemandu bas ni tak tengok n hantar anak aku sampai dalam. 

Pikir punya pikir last2 baby siiter aku bgtau ade tadika kat area setiawangsa ni. Apa lagi terus la kitaorang bergegas ke sana. Tengok fee dia sama je dengan tadika jalan Gurney tu. Cuma yuran bulanan lebih RM 50 je daripada tadika jalan Gurney tu. Tadika ni ok la ade belajar Islamic, berenang, art,  ade lagilah aku tak ingat tapi banyak jugak silibus dia dari tadika kat jalan Gurney. Dan yang paling penting pengajaran semua dalam english since aku pon terer english so takde masalah la bab2 ni hehehe. Dan paling penting ade transport so lega lah hati kitaorg dia ade van pergi/balik dan dia akan masuk ke dalam kawasan rumah babysitter aku. fhewwwww…. selesai masalah beb rasa macam lega betul. Transport kat situ aku tak risau jugak sebab baby sitter aku tadi ade gak offer antar cuma balik je naik van. Hehehe… tapi aku tak bagi kata putus lagi tengok la macamana sesak-sesak bole la mintak tolong dia. Tengah aku kalut-kalut camni jugak la opis panggil ade hal perlu settle aku pon tak paham betul la tapi aku malas nak cerita kat sini. Hal ni aku dah stress sejak dari minggu lepas. Esok sepatutnya aku cuti tapi aku batalkan cuti aku nak settlekan semua yang tak tersettle. So layan jelah gambar Hari pertama Diha ke sekolah dan tempat diha yang baru yang akan bermula Rabu ni.

Sorilah Cikgu Diha Miss Wong (yang baju biru tu) 1st day je dapat kenal dengan Diha.

Ex clasmate Diha hehehe…

Ok ni sekolah Diha yang baru start ari Rabu ni. Mula-mula aku dengan bini aku pelik jugak nape takde budak-budak. Rupanya intake baru start hari Rabu ni. So kire Diha tak terlepas lagi la 1st day dia kat Tadika ni. Aku tanya Diha, nak tak ke sekolah baru… terus dia suke bile aku cakap ade class swim swim. Seronok la dia berenang je tiap-tiap hari Jumaat nanti.

Advertisements

9 Komen

Filed under Famili

9 responses to “Hari pertama dan terakhir Diha sekolah…

  1. aida

    tadika kat jln gurney tu pun jauh jgk dari yg baru di tmn setiawangsa. asal anak suka, ibu percaya… eh mcm iklan pulak! apa2pun u ayah yg prihatin, tahniah!

    • cheng1979

      Kak Aida tadika jalan gurney tu ok takde yang kurang tapi masalah pengangkutan tu buat kami berfikir sekali lagi. Pada mulanya pihak tadika kata semua tempat leh antar so kitaorg bgtau alamat bbsitter tu dia ckp bole antar. Boleh pulak semalam pemandu bas sekolah tu cakap area setiawangsa tak amik budak takut jem pastu dia sorang je nak harapkan budak umur 5 tahun masuk ke kawasan kuarters askar tu sendirian. ni tengah nak mintak balik duit kat tadika jalan gurney tu…harap dapat 3/4 pon takpelah

  2. Salam,

    Mmg itu yg patut diutamakan. Sekolah bagus camner pun, keselamatan anak diabaikan. Tup2 anak ilang, saper yg susah.

    Itupun yg keselamatan anak terjaga pun, boleh berlaku cam2.

    Tapi i nak ingatkan YB, kalau punya masa terluang, usaha hantar sendiri. Sbb apa, budak2 bukan tau aper2, turun bas, terus lari… Bahaya ada di mana2. Org yg jaga tu, kita jgn salahkan mrk kalo berlaku apa2. Sbb janji mulut ni payah.

    So, beringat dr awal.

    Wslm

  3. alalala diha baru sehari dah kene tuko sekolah ehh..

    takpe.. yang penting safety anak ko.. mahal skit tak jadi hal.

    wah best eh ade blaja renang.. apesal la tadika aku dulu takde ehh..

  4. cheng1979

    aemy – susah nak antar n amik coz sekolah baru dia ni masuk kelas kol 9 pagi balik kol 1 petang. Area keramat ni kena kuar sebelum kol 7 pagi. Kalau tidak memang lambat la hari-hari masuk opis. Tapi takpela tadika baru ni dia ade van sendiri so aku rasa safety la sket dari bas sekolah tu coz van ni boleh masuk dalam kuarters baby sitter aku tu. Thanks Aemy.

    janji – tula seronok kan? anak aku ni pon pantang jumpe swimmng pool mula la meroyan nak mandi. ala belajar water confiden je. takde la belajar berenang tapi cikgu tu cakap selalunya budak-budak ni masuk 2 tahun kat sekolah situ dah bleh berenang sikit-sikit.

  5. aaa kalo kul 12 tu ajak takde kat opis, maknanya dia gi amek anak dia la tu.. (bersangka baik..ahahha)

  6. cheng1979

    janji – takde kuasalah aku nak jemput… dah bayar duit van RM 45 sebulan pergi/balik rumah baby sitter.

  7. acu

    Hai, saya tgh google tadika utk anak saya terjumpa plak blog ni. Td saya dah call tadika nadi ilmu ni ptg ni nk gi jumpa cikgu. Saya nak tanya so far camne sekolah tu? Ok tak? Cikgu dia garang tak? Sbb anak saya trauma ngan cikgu garang

    • cheng1979

      Acu-so far tadika nadi ilmu ni bgs saya rekemen utk anak u hantar ke sini. Cikgu pom friendly n tak garang. Kemudahan pon lengkap dan siap ada swimming class lagi. Anak u umur berapa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s