Monthly Archives: Disember 2008

Ex-Presiden 5th UPM menamatkan zaman bujang

Sabtu 20/12/08 aku mendapat jemputan menghadiri kenduri kawin rakan sekolej Irwan Kurniawan Amat Sapuan dan Hanim di Pusat Kominiti DBKL Sentul. Dah kawin dah ko ek menepis segala speku hehehe…

Oklah malas nak citer panjang korang layan jelah gambar…

Aku suker gambar ni. kalau nak tengok gamba bini dia tengok kat kamera henpon kat belah kiri tu  (keji tak?).

Ya ini pasangan mempelai.

Geng Periuk Nasi Ganas yang sedang gigih membina perut.

Lagi Geng Periuk Nasi Ganas.

Semua dah kawin kecuali Art.

Nah kiss Daripada Afiq… more pic here.

Advertisements

5 Komen

Filed under Uncategorized

Yeayyy….

Teka apa di dalamnya….

Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 5 untuk aku dari bini aku. Hehehe… Terima kasih la yang… 1st time pakai wallet mahal.

6 Komen

Filed under Famili

Mari menjawab tag

TAGGING INSTRUCTIONS:
You are being tagged! The rules are to upload the 5th photo from the 5th folder on your computer.
I am told that you turn into a frog if you break the rule.

Then, the person you tag, tags 5 more people!
Please add your tagged photo to the “I’ve Been Tagged”

dsc07522

Teka gambar saper? hehehe… gambar Diha umur nak masuk 7 bulan. Gambar ni amik kat Holiday Villa Kuantan masa opis bini aku wat famili day. Lama dah tahun 2005.

5 orang yang bertuah untuk Tag ini adalah :

1. Kak Maz

2. Alauddin

3. Hajjah Roslin

4. Cik Panda

5. Kak Aida

6 Komen

Filed under Macam-macam

Ulang Tahun Perkahwinan

Alamak kena tag lah pulok… tapi kemudian dulu lah ye sebab yang ni lagi penting hehehe…

 

Esok 20/12/08 genap usia perkahwinan kami 5 tahun. Syukur kepada Allah S.W.T dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata. Semoga kekal hingga akhir hayat kami. Amin. Sekejab je masa berlalu, sekarang ni dah masuk 5 tahun.  Esok kami akan menyambut ualng tahun perkahwinan dengan anak-anak. Tempat dan lokasi kejadian akan dikemas kini kemudian kay. Sebenarnya aku nak masukkan gambar perkahwinan kami, tapi semua gambar kawin printed (filem). Masa aku kawin dulu mana ade macam sekarang ni semua dalam digital kan. So kami kire kategori otai la hehehe… Nanti kalau ada masa aku akan scan atau refoto semula untuk tatapan korang… (tapi jgn gelak, gambar kawin aku dulu hensem sikit dari sekarang hehehe…)

Ok semua, Selamat bercuti ya…

Nota kaki : Boboh (bukan nama sebenar) sejak ade FB dengan Memey(bukan nama sebenar juga) jarang dah baca blog ni. Saper tau kaedah nak install YM kat pc opis ni? Aku dah buntu dah… Pc aku pas kena format langsung takleh install YM (kena block YM installer).

5 Komen

Filed under Famili

Diha is 4

Alhamdulillah… pada 6/12/08 genap usia Diha 4 tahun dan pada 6/12/08 ayah aku dah keluar wad. Rasa lega dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Tahun ni kami sekeluarga tak buat birthday parti untuk Diha, since MIL dan ayah aku masing-masing dengan kesihatan turun naik, kami cuma buat doa kesyukuran pada malam 6/12/08 dan sedikit makan-makan ala-ala BBQ parti (gambar akan di upload kemudian). Doa dibacakan oleh Atok (Kajang) dan Babah dan Mama harap Diha rajin belajar pasni sebab tahun depan dah start sekolah tadika (takde masa dah dengan toy-toy ni hehehe).

Sebelum itu, pada sebelah pagi hingga tengah hari 6/12/08 kami sekeluarga ada fotoshoot dengan official photograper kami iaitu Pn Siti Ruzaimah bertempat di Taman Putra Perdana Putrajaya. Preview sikit gambar ini untuk tontonan anda semua. Thanks Siti, semua gambar sungguh ‘da bomb’ hehehe…

Oh ya, untuk melihat gambar lain atau menempah pakej fotoshoot sila layari http://ladyct.fotopages.com

10 Komen

Filed under Famili

Meniaga tipu orang

Hehehe… ni memang betul-betul panas. Aku dapat cal dari syarikat mana tah yang buat tawaran nak bagi aku kad kire cam kad diskaun la something like that. Arini aku sibuk sikit buat memo dan taip minit mesyuarat lepas. Jadi, aku cam biasa layan jelah sebab aku pon dah tau modus operandinya macamna.

Hello bole saya cakap dengan En ****

Ya saya bercakap,

Macam ni syarikat kami menawarkan kad diskaun secara percuma kepada Encik kerana Encik takde blacklist dari mana-mana bank.

Ok…

Boleh saya tau En **** punya kad master atau visa dari mana bank?

Saya takde kad kredit ni. Saya dah tutup lama dah…

Ohh… satu kad pon takde?

Ha’a…

Ok En ****. Tup terus dia letak lelefon.

Apakah???????…..

Kelakar kan? Kalau nak bagi percuma watpe tanya orang ada kredit kad atau tidak kan. Oklah kepada sesiapa yang tak tau modus oprandi dia camni, mula-mula dia akan cakap percuma pastu nampak kita macam berminat dia akan tanya kad kredit kita bank mana visa atau master. Seterusnya dia akan suruh kita bacakan no depan kad kredit kita kepada dia. Dan akhir sekali dia akan mintak 3 digit terakhir belakang kad kredit kita. Sungguh licik bukan? Ni namanya meniaga menipu yang sedang berleluasa sekarang ini. Tapi aku pelik kenapa Kementerian berwajib tak siasat perkara ini. Kes ni sama macam kad gores dan menang dan ramai aku rasa mangsa dah tertipu dengan modus oprandi macam ini.

Oh ya aku bagi no telefon budak tu supaya korang tak terpedaya dengan tipu helah macam ni.

Nama : Izwan (aku tak tau nama betul atau samaran)

No tel : 016-2250291

Atau korang boleh ramai-ramai sms kat dia (ajak kuar makan pon ok jugak).

9 Komen

Filed under Macam-macam

Ayah aku masuk wad…

Tak tau lah camner nak citer. Tapi kes dia sama macam kes MIL. Kaki dia bengkak dan dalam dah ada jangkitan kuman (nanah). Kes dia cuma jatuh moto je. Mula-mula takde apa-apa tapi lepas 3 hari kaki dah membengkak. Masa aku balik minggu lepas kaki dia dah membengkak teruk. Sebelum itu dia dah pegi ke klinik dan doktor cuma bagi ubat sapu. Time tu aku dah rasa lain macam sebab dia pon takde selera makan campur demam lagi. So ari Isnin kakak aku bawak balik ke klinik dan klinik suggest masuk wad. Semalam aku terpaksa cuti untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan ayah aku dan esok aku dengan bini aku akan ke Melaka tengok keadaan dia.

Aku sedih jugak sebab sebelum ni memang dia tak pernah masuk hospital tapi tiba-tiba je dia kena tahan wad. Ayah aku ni memang ada kencing manis tu yang aku risau sket pasal kaki dia. Mudah-mudahan ayah aku cepat sembuh.

7 Komen

Filed under Famili