Monthly Archives: Februari 2009

Filem Geng

Seletah 6 tahun tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang. Pada 13 Feb 2009, kami bertiga pergi ke TGV KLCC dan Afiq tinggal bersama babysitter (sian sok dah besar leh join k). Nasib baik teknologi sekarang ni dah maju bole tempah tiket online sajer dan charge RM 1 sahaja, ok la tu kan dari nak beratur panjang-paanjang kan. Kekok jugak nak beli tiket wayang ni biasalah dah nak dekat 6 tahun tak pegi tengok wayang. Aku peminat filem animasi lebih-lebih lagi Filem 3D. Dan Tahniah pada production Les qupac (betul ke eja ni) kerana menghasilkan filem geng ini.

Aku menilai Filem ini dari 4 aspek. Pertama skrip, kedua storyboard (papan cerita), ketiga animasi, keempat pelakon. Aku rasa ni skrip ni antara yang betul-betul mantap yang dihasilkan untuk Filem Geng ini. sebabnya kalau kita mempunyai animator yang dapat menghasilkan animasi yang bagus tetapi skrip tyang tak begitu hebat jadinya filem animasi tersebut kaku dan tiadak menarik. Kedua dengan gabungan skrip yang mantap dan penghasilan story board yang begitu teliti menghidupkan filem animasi Geng ini. Kalau korang tak percaya korang tengok filem ni dari mula sampai akhir memang gelak sampai nak pecah perut. Filem ni juga diselitkan dengan adegan-adegan cemas dan membuatkan kita suspen bile tonton huhuhu seronok. Keempat, penghasilan animasi yang berjaya. Well… memang takleh nak bandingkan dengan filem animasi luar tapi bagi aku animasi dia memang dah cukup menarik dengan suasana kampung cantik dan bagi aku ferfect. Keempat, pelakonnya aku ucapkan syabas dan tahniah kerana dapat menghidupkan watak dalam filem Geng ini. Aku rasa semua pelakon dalam filem ini bukan pelakon yang pernah membintangi drama atau filem. Syabas dan tahniah aku ucapkan pada diaorg.

Saper-saper yang belum menonton filem ni jangan lepaskan peluang. Filem Animasi yang terbaik. Syabas dan Tahniah pada produksi filem ini (4 1/2 bintang aku bagi daripada 5 bintang)

Advertisements

9 Komen

Filed under Uncategorized

Bengang part 3

Ok lah THAT IT. Cukup lah sampai 3 entri pasal bumbung aku bocor nih… so buat kali yang ke berapa kali semalam bumbung rumahku bocor lagih (bole imagine tak macamana hatiku luluh tgk air bergenang kat lantai). Apa lagi aku terus telefon kontraktor bengonmg tu. Dah puas aku maki hamun dan dia merayu mintak tolong kat dia. Aku terus bagi kata dua kat dia. Dia boleh baiki tapi kalu bocor lagi aku mintak ganti rugi. Dia masih lagi nak teruskan membaiki bumbung rumah aku tu. Masalahnya dah berapa kali dah baiki, bocornya tetap sama, tempat yang sama macam takde apa-apa perubahan. seolah-olah macam takde pape yang dia baiki. Sekarang ni almari aku dah rosak dan katil pon dah kena air jugak (nasib yang sama macam almari).

Aku pon dah berbincang dengan bini aku semalam dan dia pon dah maklumkan pada rakan pejabat dia (hubby dia yang rekemen kontraktor ni), dan aku suh mintak ganti rugi separuh daripada kos sebenar. Dan makluman yang aku dapat bile dia dah bagitau kat rakan pejabat dia, dia suh tamatkan apa yang kontraktor ni buat dan dia akan bagi kontraktor yang baru selesaikan masalah bumbung rumah aku. Aku setujulah tak perlu aku kuarkan duit repair bumbung rumah ni (sebab nak mintak duit balik dari kontraktor bengong ni memang dah takde dah lebur dah duit tu). Sehingga hari ini aku phobia bile hujan sampai tahap macam tu sekali aku punya perasaan.

Aku beranggapan 2 perkara pasal bumbung rumah aku ni. Pertama, dia tak ikut spect seperti yang aku mahu, bumbung ni tak cukup tinggi (curam) air tak dapat mengalir dengan laju bile hujan. Kedua, bahan yanga digunakan adalah low kualiti contohnya kalu ikut kos sebenar barang-barang kesemuanya RM 8 k tapi dia dapat beli RM 5 k. So dia cut kos kat situ untuk dapat lebih banyak untung. Malam ni aku nak bincang dengan kontraktor bengong ni untuk tamatkan kerja-kerja dia dan aku berharap dengan kontraktor baru ni takde lagi masalah seumpama ini lagi. Aku dah cukup menderita tolongggg lahhhhh….

Tinggalkan komen

Filed under Uncategorized

Bengang part 2

Sebenarnya aku MC arini. Tau kenapa? Kesemuanya bermula sebab pembaikan bumbung yang takde kesudahan ni. Semalam aku baru balik dari Melaka. Hari sebelumnya aku satu famili + famili mak mentua aku pi ke JB untuk urusan menjemput kenduri kawin adik ipar aku pada pertengahan bulan 3 ni. Yelah dah penat cuti 3 ari pi jalan-jalan sampai kat rumah pon dah pukul 5 lebih. Masa sampai belum start hujan. Tengah sedap mengemas baju n basuh baju hujan dah turun dengan lebatnya. Kali ni memang betul-betul lebat dengan angin yang kuat. Dan untuk kali yang keberpa aku tak ingat dah bumbung rumah aku bocor lagi tapi yang buat aku sakit hati bocor tempat yang lain. Kat dalam bilik no 3 aku n kat ruang tamu. Darah aku memang betul-betul mendidih kali ni. Sebab hari sebelum tu (Ahad) dia datang buat bumbung ni. Aku memang betul-betul pelik sebab takan lah takde perubahan dah banyak kali repair dan jadi lebih teruk daripada sebelumnya.

Aku terus cal kontraktor tu suh datang pada petang tu jugak n pada belah malam pukul 8.00 mlm baru muncul muka dia. Aku dah malas nak layan sangat dah aku tanya dia ape solution. Takat maaf budak-budak boleh cakap kan. Dia cakap sebab bumbung ni tak cukup cerun maksudnya tak cukup tinggi. So ape dia nak buat pasni di nak tambah lag 10 kaki bagi cukup cerun untuk air cepat mengalir. Benda ni aku dah bagitau dia berulang kali kena tinggikan bumbung sebelum dia buat pembaikan tapi tanak dengar. Tu aku cakap bodoh sombong. Susah nak makan ajar. Sekarang ni dia cakap dia akan buat dan dia cakp dia takde untung buat benda ni. Itu bukan masalah aku lah kan sape suh tak ikhlas wat keje betul tak? Keje nak kelentong orang, nak dapat untung lebih. Ini lah akibatnya. Aku bersyukur jugak pada tuhan sebab tunjukkan benda ni kat aku sekeluarga. Buatnya 1 tahun atau 2 tahun bocor mana aku nak cari dia? Carik dia bole tapi nak selesaikan mungkin kena tambah duit lagi. Ada hikmahnya disebalik setiap kejadian.

Dah settle pasal bumbung dia nak betulkan terus aku takde mood nak makan. Tu yang arini perut aku kembung,pening demam. Sudahnya aku pi klinik. Tak pasal-pasal dapat penyakit.

p1030595

Napak tak air menitik dari celah lampu tu.

p1030601

Abis almari aku rosak.

p1030600

Dah jadi cam hape bilik no 2 umah ni. Habis katil pon rosak.

15 Komen

Filed under Uncategorized