Monthly Archives: Oktober 2008

Sikap Pemandu Malaysia

Lama betul tak update blog, biasala musim raya ni lemau sikit. tengok tajuk entri semua mesti terbayang sikap pemandu malayasia yang sebenarnya. Kalau PDRM buat ops sikap kali yang sejuta, aku rasa kadar kemalangan masih banyak lagi sebab sikap ini takan hilang dilubuk hati setiap pemandu di Malaysia. Okay dengan tidak membuang masa lagi mari kita lihat (apa yang aku sering alami semasa memandu) sikap sebnar pemandu Malaysia :

Tergesa-gesa mengejar sesuatu

Situasi ini aku sering alami semasa memandu pada awal pagi. aku keluar rumah pukul 6.30 pagi tapi apa yang aku tengok ada yang memandu laju walhal jalan memang lenggang. Kereta tu adalah tapi takde la banyak sangat sebab awal pagi kan. Kadang-kadang memotong laju pastu brek mengejut sbb kat depan dah sesak (tak ke poyo kan).

Suka potong Q

Yang ni aku paling menyampah bile kat tol atau semasa masuk parking. wei tolong la hormat orang yang Q panjang kat belakang. Semua orang nak cepat takde yang nak lambat tapi tolonglah jangan amalkan budaya ini memang kena maki berbakul-bakul.

Beri signal tapi tak bagi masuk

Hahaha… camner aku nak terangkan ayat kat atas ni. Camni selalu kita nak tukar lorong kita akan beri signal kan? tapi bila dah bagi signal tapi kenderaan kiri atau kanan akan melajukan keretanya tak bagi kita masuk lorong dia. Apahal kan kita semua bayar cukai jalan tiba-tiba dia pulak tak bagi jalan. Ingat jalan bapak dia yang bina agaknya.

Dah tukar lorong baru nak bagi signal

Yang ni selalu la aku kena. Selalunya yang buat perangai beruk ni orang pakai keta besar pastu pompuan. Ingat keta besar tu kuat ker boleh belah la.

Nak masuk lorong tak bagi signal

Aku rasa ini tak payah cakap la kan semua orang pernah alami. selalunya keta mahal yang buat camni. Aku rasa lampu signal dia mahal sekali bagi je terbang RM 1000. Tu pasal susah kalau kita nak tengaok keta-keta camni bagi signal.

Keta kecik tapi bawak laju

Sape-sape pakai keta kecik ni jangan kecik ati la ye ni sebagai iktibar amik pengajaran je. selalunya keta-keta bersaiz compaq ni suak bawak laju. bukan tak boleh bawak laju tapi dah kat lorong kanan (paling laju). Bila sampai area bukit sikit baru terasa tak larat nak memecut. Pastu jenis tak reti nak ke tukar lorong tengah atau kiri.

Tu jela sikit aku citer pasal pemandu kat malaysia ni kalau sape-sape nak tambah boleh la tambah. Aku nak ucapkan selamat menunaikan fardu haji kepada Puan Aemy semoga mendapat haji yang mabrur (betul ke eja ni) dan selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air. Keduanya terima kasih kepada Kak Maznun kerana belikan oleh-oleh dari Sabah bah. Butang baju melayu kristal (wow hatiku bukan kristal). Terima kasih banyak-banyak. Ketiga, aku nak ucapkan selamat berangkat kawan aku Nik ke UK. Sambung Phd di Hull University (correct me if i’m wrong). Ya terima kasih belanja makan ikan bakar tadi… sungguh kenyang sehingga nak tido dah ni hehehe.

Nantilah aku update gambar. Aku guna pc orang lain nih… ha lagi satu kepada member-member yang beli hp baru tu tunggu…….. berlagak ye.

13 Komen

Filed under Macam-macam

Afiq 6 month

Hari ini genap usia Afiq menjangkau 6 bulan. Sedikit perkembangan Afiq. Sekarang ini Afiq selsema dengan batuk mungkin sekarang musim hujan lebat start petang hingga malam. Susah nak bagi makan ubat ni, dia akan meronta tanak makan ubat. Padahal baru sua kat mulut dia belum masukkan lagi dalam mulut dia. Tidur sangat lasak. Pagi-pagi mesti posisi tidur sudah berubah. Malam dia akan bangun sekali dalam kol 2 pagi isap susu pastu secara automatik dia akan tidur kembali (tak perlu tepuk). Kalau duduk depan tivi kena layan dia, Kalau tidak dia akan menangis (apela Afiq tak rock la). Suka tengok rancangan kakak Mickey Mouse House.

Nota kaki : Ooooo…. biler perbincangan ilmiah tak nak komen ye… Esok lelaki-lelaki jangan luper pakai baju melayu. Boleh amik gambo untuk letak ucapan raya tahun depan.

7 Komen

Filed under Famili

Reading Club

 

Selepas Raya dapat tugasan baru. Tapi bukan baharu sebenarnya tapi bertukar pengurus projek. Pengurus projek yang asal telah bertukar ke bahagian lain. Dengan tugasan baharu ini dapat pembantu baru. Pembantu yang akan membantu dan bersama-sama menghidupkan Kelab ini.

Tapi sebelum itu, aku ingin teman-teman memberi komen terhadap kandungan yang sedia ada dalam kelab ini. Kerana sehingga kini selepas bermesyuarat dengan pembantu, aku masih sesat (lost)  dengan kandungan dalam kelab membaca ini (pandangan peribadi aku). Kalau komen dari segi reka letak (design) aku tak amik port sangat kerana design aku rasa ok tapi kandungan yang bagaimana boleh menarik minat remaja, dewasa, kanak-kanak yang akan memeriahkan kelab membaca ini. Untuk melayari kelab membaca ini, anda klik sahaja gambar ruangan kelab membaca.

Harap dapat membantu saya dengan menjawab soalan soal selidik ini:

1. Adakah ruangan Kelab membaca Karyanet mampu menyemarakkan semangat membaca di kalangan pengguna?

   A. Ya

   B. Tidak

   C. Boleh ditingkatkan

2. Adakah ruangan Kelab Membaca ini mesra pengguna?

   A. Ya

   B. Tidak

3. Apakah menu yang menarik minat anda? (Boleh tandakan lebih daripada satu)

   A. Judul Pilihan

   B. Ulat Buku

   C. Ulasan

   D. Rekod Bacaan

   E. Diari

   F. Cerita Berantai

4. Adakah ruangan Kelab Membaca ini mampu menarik lapisan masyarakat untuk melawat laman web ini?

   A. Ya

   B. Tidak

   C. Sebahagian

5. Adakah menu Cerita Berantai dapat menarik minat anda untuk menulis?

   A. Ya

   B. Tidak

   C. Tidak pasti

6. Cadangan untuk menjadikan Kelab Membaca ini lebih menarik dan bermanfaat.

Jawab soalan ini dengan menulis di bahagian komen entri ini nombor soalan dan jawapan anda A, B , C. Kemukakan cadangan untuk soalan no 6.

Terima kasih kerana sudi membantu.

13 Komen

Filed under Kerja

Hari Raya Semua Orang Gembira…

Tahun ini kami sekeluarga beraya di kampung Cheng Melaka. Selepas Solat Hari Raya Aidilfitri aku sekeluarga bermaaf-maafan dengan mak ayah, kakak dan abang ipar serta anak buah. Raya tahun ni semua ada kecuali kakak aku yang sulung  beraya di rumah MIL Semenyih. Raya ke 2 aku dan keluarga telah berangkat ke KL dan singgah di rumah Kak Yah di Kuala Pilah ex maid yang menjaga bini aku dan adik-adik ipar aku semasa kecil. Apa-apa pon layan jelah gambo dulu aku tengah mabuk ketupat + lemang + rendang + air sarsi.

Gambar 1

Gambar 2. Cuba teka perbezaan Gambar 1 dengan Gambar 2 ni.

Famili kakak aku no 2. Tema Biru.

Famili kakak aku no 3 + Mak dan Ayah. Tema Merah.

Famili aku. Tema Kuning. Hehehe Afiq tak dok diam.

Famili aku + mak dan ayah.

Afiq with baju melayu dan kopiah hitam (tak reti dok diam budak ni).

Raya ke 2 rumah Kak Yah di Kuala Pilah.

 Putera lilin sedang tido.

 Aku sambung lagi entri raya ni kat sini malas nak buat entri baru hehehe. Sebab kemalasan melanda. Raya ke 4, my PIL buat rumah terbuka untuk kawan-kawan dan sedara mara. Penat takyah nk cakap lah start dari pagi hingga malam orang datang termasuk member-member adik ipar aku. Layan jela foto eh…

nah kiss dari Afiq

Kawan opis papa, afiq buat ape tu?

Penanggah of the day. Diha n Pak Ngah same tutup mata bile nampak flash.

Gambar raya kami.

Raya kelima (ahad) kami terus cuti-cuti malaysia ke Holiday Inn Glenmarie. Plan asalnya nak ke Pulau Pinang pada raya kelima tapi dibatalkan sebab PIL buat rumah terbuka so bercuti jela kat area Subang sajer hehehe…

On the way… singgah dulu isi minyak jauh perjalanan ni. Kajang ke Subang hui jauh-jauh.

Diha dengan mata Ju On nyer.

Check in rilek-rilek dulu.Afiq pon isi minyak dulu. Diha tak habis-habis buat mata dia.

Tu jela citer raya kami 2008 ni. Sekarang ni pon dah banyak jemputan rumah terbuka. Sabtu (18/10/08) ni kami ada 4 jemputan rumah terbuka. Memang kenyang hingga ke pagi besoknya la agaknya hehehe…

43 Komen

Filed under Famili