Monthly Archives: Januari 2009

Bengang…

dsc00500

 

Sebenarnya aku tak tau camner nak mulekan citer ni. Awal tahun ni (kire awal Januari) rumah aku ada wat major reno lah. Kontraktornya kire rekeman kawan opis bini aku. So we all decide setuju la dengan the price yang ditawarkan untuk major reno ni. Harga yang ditawarkan oleh kontraktor tu termasuk tinggikan bumbung bilik aku ( gambar di atas), tambah bumbung kat belakang (tempat sidai baju), buat rak kasut + stor peralatan, buat batu kat pokok mangga depan rumah aku dengan repair benda kecik-kecik yang lain.

Apa yang buat aku sakit hati kerja dia sebenarnya ok cantik la tapi finishing dia teruk dan apa yang aku alami sekarang ni  bilik aku banjir bila hujan dan dah 4 kali dia buat benda ni. WTF kan… mule la aku nak mencarut ni. Semalam pon petang hujan dan aku pon call dia cakap bocor lagi. Darah aku dah le mendidih time tu tapi aku sabar lagi pastu dia cal aku balik nak magribtanya aku dah sampai ke belum, aku ckp dah pastu dia cakap esok (arini dia repair lagi) dengan kaedah lain. Aku buat endah tak endah je ape dia cakap tu. Bengang takyah citer la. Almari baju aku sampai rosak bile kena air hujan tu.

Pastu yang buat aku sakit hati lagi, member bini aku ada sound kat dia buat  kerja elok-elok sebab dia yang rekemen. Pastu bole dia ckap dia wat reno ni dia tak dapat untung sebab dia code salah (hal ni kontraktor tu tak citer kat aku tapi dia citer kat member bini aku tu). Masa mule-mule dia datang dan kali kedua dia datang aku suruh dia ukur dan buat anggaran berapa tapi dia bole cakap tak perlu dia tahu. See bodoh kan kontraktor ni pastu cakap rugi takde untung. Dah le kejab-kejab minta duit nak beli barang itu ini tapi hasil tak semenggah. Sorilah ye aku takan promot ko kat sape-sape hasil kerja yang sangat teruk. Pasal bumbung tu aku ada cakap kat dia suh tinggikan yang atas (puncak tengah-tengah) tapi tak nak dengar. Sekarang ni air nak mengalir kat bumbung bilik aku sbb bumbung bilik aku dah naik sikit kire air tak mengalir sampai ke gutter. Aku takde ilmu kontraktor pon tau dia dah biasa buat lagi tak tau camner nak selesaikan. Bengang betul aku.

dsc00501

Gambar dalam bilik masa naikkan batu, tinggikan bumbung.

Nota kaki : Sorilah my wife tak sempat nak jawab tag u tu idea tengah takder.

Advertisements

25 Komen

Filed under Uncategorized

Notty Boy…

 

Lama tak update blog. Sorilah ye bukan setakat bz campur malas pon ade ni. Ni citer dah lama dah. Citer 2 minggu lepas. Afiq patah gigi 2 batang kat bawah. Citer dia camni, tau jela budak tengah lasak dia gigit kat coffee table kat umah Kajang tu. Masa tengah gigit tu dia melutut tapi dengan tiba-tiba je dia berdiri. Apa lagi terus aku dengar macam bunyi cam rumput kena cabut. Tengok-tengok dia dah menangis dengan darah banyak kat mulut dan 2 batang gigi terkulai-kulai (dah patah tapi masih lekat kat gusi). Satu batang dah tercabut atok dia yang cabutkan. Tinggal satu batang terkulai-kulai. Tuhan saje la yang tau hati aku camner. Dah la time tu ari Ahad. Semua Dentist tutup. Aku pi Hospital kat Kg Baru takleh nak buat. Last pi kat Al Zahrah Bangi baru settle. Kalu tidak dia nangis jela dengan gigi terkulai-kulai tak tercabut.

Gigi Afiq leh wat rantai pasni

Inilah rupa anak bujang aku apabila takde gigi

Sekarang ni kena bagi extra pengawalan kat dia ni. Sekarang pon dah boleh merangkak lagi la panjang kaki dia. Semua benda masuk mulut. Lagi la aku risau. Rasa macam nak amik maid je. Tapi masih ok lagi ni.

Diha n Afiq

14 Komen

Filed under Famili

Suatu masa dahulu part 1

Aku ni kalau stress terbalik pulak rajin update blog. Kan dulu aku ada berjanji nak letak gambo kawin aku. Selak album lama terjumpa dengan album amik kat studio. Kalau dulu takde outdoor shooting so kitaorang amik studio shooting. Kire time ni kalau nak kawin takde shooting dalam studio tak glam la gitu hehe…  Studio ni kat jalan Ipoh dan amik masa 1 hari untuk shooting. Start kol 9 pagi habis dalam kol 4 petang gitu. Fhew… korang layan jelah gambo ni. Aku tengok balik dengan bini aku nak pecah perut aku ketawa (tapi korang jangan gelak basau-besau kantoi kat bos nanti).

Pakaian pengantin Melaka.

Ni pakaian negeri mana aku tak tau, apsal muke aku macam orang baru bangun tido hehehe…

Sudah jangan gelak lebih-lebih hehehe…

Muke aku macam pak arab betul kan hehehe…

Ni bergambar masa musim spring kat Eropah.

Bergambar kenangan selepas konvo kat Itali.

17 Komen

Filed under Uncategorized

Hari pertama dan terakhir Diha sekolah…

Wah tajuk… mesti ramai yang nak buat speku ni. Oklah aku cerita satu persatu. biasalah aku dan bini aku amik cuti hari ni coz nak masukkan anak aku ke sekolah tadika kat jalan Gurney. Tadika ni bini aku dengan adik-adik ipar aku sehingga yang no 3 bersekolah kat sini. Yang bongsu pegi tadika tempat lain. Jadi, since bini aku kata tadika ni ok sebab dulu dia penah ke tadika ni aku pon setuju lah dan ada perkhidmatan bas mengambil dan menghantar anak aku ni. Segala yuran memang kitaorang dah settle dari bulan lepas lagi (excited anak masuk tadika kaedahnya). Pagi tadi kire 1st day lah Diha ke sekolah tu. So far aku dan bini aku amat berpuas ati dengan kaedah pembelajaran kat situ dan peralatan semua amat-amat kami puas hati tiada yang kurang. Dan layanan cikgunya very the tip top lah tiada yang kurang.

Tapi apa yang kami berdua kurang berpuas ati adalah perkhidmatan bas sekolah. Pada mulanya pihak sekolah tadika tu bagitau tiada masalah untuk bas mengambil dan menghantar Diha. Yela anak aku duk dengan babysitter kat area Setiawangsa dan ape yang pemandu bas tu bgtau kat bini aku dia tak boleh nak amik anak aku pagi2 kat setiawangsa tu sebabnya kalau dia amik jugak nanti jem dan dia lambat nak amik yang lain. Kitaorang sikit punya bengang dah la ko bagitau masa 1st day sekolah aku rasa macam nak lempang je pemandu bas tu. Pastu dia cakap lagi dia boleh amik anak aku kat rumah aku keramat tapi kol 7 pagi tapi anak aku kena duk sama-sama la dengan budak sekolah rendah (kire round-round la sebelum dia hantar ke tadika tu.Aku takde masalah dengan waktu ni sebab time ni pon kitaorg kuar rumah. Tapi kesian pulak Diha pagi-pagi kena bangun pastu duk dalam bas. Dan yang paling aku kesalkan aku selama ni ingat bas ade pembantu kire cam kelindan la macam lori (bukan ke wajib camtu sekarang ni?). Rumah baby sitter aku ni kuarters askar DTHO Setiawangsa. Kire rumah dia apartment la tapi dalam kawasan berpagar. Macamana dia nak antar anak aku masuk ke dalam sedangkan dia pemandu dan dialah jugak menguruskan perihal budak-budak ni. Aku dengan bini aku dah pening kepala tadi. Bini aku memang naik bas bersama dengan anak aku tadi dan dia cakap pemandu bas ni tak tengok n hantar anak aku sampai dalam. 

Pikir punya pikir last2 baby siiter aku bgtau ade tadika kat area setiawangsa ni. Apa lagi terus la kitaorang bergegas ke sana. Tengok fee dia sama je dengan tadika jalan Gurney tu. Cuma yuran bulanan lebih RM 50 je daripada tadika jalan Gurney tu. Tadika ni ok la ade belajar Islamic, berenang, art,  ade lagilah aku tak ingat tapi banyak jugak silibus dia dari tadika kat jalan Gurney. Dan yang paling penting pengajaran semua dalam english since aku pon terer english so takde masalah la bab2 ni hehehe. Dan paling penting ade transport so lega lah hati kitaorg dia ade van pergi/balik dan dia akan masuk ke dalam kawasan rumah babysitter aku. fhewwwww…. selesai masalah beb rasa macam lega betul. Transport kat situ aku tak risau jugak sebab baby sitter aku tadi ade gak offer antar cuma balik je naik van. Hehehe… tapi aku tak bagi kata putus lagi tengok la macamana sesak-sesak bole la mintak tolong dia. Tengah aku kalut-kalut camni jugak la opis panggil ade hal perlu settle aku pon tak paham betul la tapi aku malas nak cerita kat sini. Hal ni aku dah stress sejak dari minggu lepas. Esok sepatutnya aku cuti tapi aku batalkan cuti aku nak settlekan semua yang tak tersettle. So layan jelah gambar Hari pertama Diha ke sekolah dan tempat diha yang baru yang akan bermula Rabu ni.

Sorilah Cikgu Diha Miss Wong (yang baju biru tu) 1st day je dapat kenal dengan Diha.

Ex clasmate Diha hehehe…

Ok ni sekolah Diha yang baru start ari Rabu ni. Mula-mula aku dengan bini aku pelik jugak nape takde budak-budak. Rupanya intake baru start hari Rabu ni. So kire Diha tak terlepas lagi la 1st day dia kat Tadika ni. Aku tanya Diha, nak tak ke sekolah baru… terus dia suke bile aku cakap ade class swim swim. Seronok la dia berenang je tiap-tiap hari Jumaat nanti.

9 Komen

Filed under Famili

Rambut Diha yang baru…

Esok 5/1/09 Diha akan ke sekolah tadika. Awal dia dah tido tu hehehe… bagus-bagus sok senang sket nak bagun ke sekolah. Petang tadi pi Great Estern Mall gunting rambut dia. Sian pulak orang yang jaga anak aku tu nak siapkan dia. Jadi kami bersetuju untuk gunting rambut Diha pendek. Mula-mula pi saloon murah. Harga baru RM 12 je tapi hasilnya begitu menghampakan. Jadinya kami pi saloon mahal sikit (sikit ke hehehe) dan hasilnya begitu mempesonakan. Sayang jugak dengan rambut dulu dia tu tp takpelah sok panjang balik.

Hasil gunting rambut kat saloon murah. Nampak mengembang je…

Gunting kat saloon mahal sikit. Puas hati kami berdua hehehe

11 Komen

Filed under Famili