Monthly Archives: November 2010

Spagetti Olio

Oklah sementara tgh rajin update blog ni aku sertakan resepi spagetti olio. Resepi ni amat mudah nak disediakan cuma 15 minit – 20 minit saja. Resepi ini juga boleh juga nak buat jika ada terlebih spagetti atau spagetti yang dah direbus tetapi sos spaghetti telah abis.

 Ok kita mulakan dengan bahan-bahannya:

1.Spagetti

2.Bawang putih (dicincang)

3.Meat slice (boleh dibeli di Gi*nt)

4.Olive oil

5.Udang (jika tak nak guna udang pon takpe mengikut selera masing-masing)

6.Cendawan butang (boleh guna lada benggala @ capcisum)

7.Oregano dan mixed herb

 8.Garam @ secukup rasa Kn*r)

Udang, meat slice, dan cendawan butang

Oregano, Mixed herb

0live oil

Cara-cara memasak…

Langkah 1 ; masukkan olive oil, tumiskan bawang putih hingga naik bau... kacau dan kacau. tips di sini letakkan banyak bawang putih dan bawang putih ini di potong dadu halus

Langkah 2: masukkan udang dan goreng sehingga masak

Langkah 3: masukkan meat slice dan kacau

Langkah 4: masukkan cendawan butang dan boleh juga guna lada benggala (capcicum). Disyorkan guna capcicum supaya spagetti anda lebih menarik dan colourful.

Langkah 5: masukkan spagetti dan gaulkan serta garam @ secukup rasa Kn*r

Akhir sekali letakkan oregano dan mixed herb dan gaulkan

Siap untuk dimakan... hidangkan panas-panas. Selamat mencuba...

Advertisements

2 Komen

Filed under Resepi

Kenduri kawin

Musim kenduri kawin dah bermula… Hari ni je ada 2 jemputan… Tak tau lah dapat memenuhi semua jemputan ke tidak hehe…

Layan gambo yang berkobar-kobar nak pi kenduri kawin

Tinggalkan komen

November 27, 2010 · 2:20 pm

Fried Spagetti Bolognese

Hi all… lama tak update alih-alih terus update pasal masakan keh keh keh…

oklah tanpa membuang masa tuan-tuan dan fuan-fuan, boleh lah salin Recepi Fried Spagetti Bolognese ini.

Atas permintaan ramai (wah ramai ke…) aku sertakan resepinya ok

Bahan-bahannya…..

1) Bawang putih

2) Olive oil

3) Slice Meat (boleh dibeli di Gi*nt berdekatan anda)

4) Cendawan butang dipotong nipis

5) Udang (boleh juga guna sotong atau makanan laut lain mengikut selera anda)

6) Sos Spagetti Bolognese Tradisional

7) Mixed Herb

Cara memasak….

panaskan kuali, letakkan olive oil

tumiskan bawang putih...

setelah naik bau... masukkan slice meat dan kacau

setelah kacau dan daging tersebut masak... masukkan udang. jika tuan2 dan fuan2 ingin menggunakan sotong pon boleh juge

kacau dan kacau... dan jika udang dah masak masukkan cendawan butang

kemudian masukkan tomato yang dicincang dan kacau

masukkan sos spagetti

kacau dan kacau... masukan garam atau pon secukup rasa... jika nak pedas boleh masukkan lada hitam

masukkan spagetti dan gaul-gaulkan...

akhir sekali masukkan mixed herb dan gaulkan

dan akhir sekali siap dan boleh dimakan... seelok-eloknya hidangkan panas-panas dan nak lebih menarik taburkan cheese... Selamat Mencoba...

4 Komen

Filed under Resepi