Bengang part 2

Sebenarnya aku MC arini. Tau kenapa? Kesemuanya bermula sebab pembaikan bumbung yang takde kesudahan ni. Semalam aku baru balik dari Melaka. Hari sebelumnya aku satu famili + famili mak mentua aku pi ke JB untuk urusan menjemput kenduri kawin adik ipar aku pada pertengahan bulan 3 ni. Yelah dah penat cuti 3 ari pi jalan-jalan sampai kat rumah pon dah pukul 5 lebih. Masa sampai belum start hujan. Tengah sedap mengemas baju n basuh baju hujan dah turun dengan lebatnya. Kali ni memang betul-betul lebat dengan angin yang kuat. Dan untuk kali yang keberpa aku tak ingat dah bumbung rumah aku bocor lagi tapi yang buat aku sakit hati bocor tempat yang lain. Kat dalam bilik no 3 aku n kat ruang tamu. Darah aku memang betul-betul mendidih kali ni. Sebab hari sebelum tu (Ahad) dia datang buat bumbung ni. Aku memang betul-betul pelik sebab takan lah takde perubahan dah banyak kali repair dan jadi lebih teruk daripada sebelumnya.

Aku terus cal kontraktor tu suh datang pada petang tu jugak n pada belah malam pukul 8.00 mlm baru muncul muka dia. Aku dah malas nak layan sangat dah aku tanya dia ape solution. Takat maaf budak-budak boleh cakap kan. Dia cakap sebab bumbung ni tak cukup cerun maksudnya tak cukup tinggi. So ape dia nak buat pasni di nak tambah lag 10 kaki bagi cukup cerun untuk air cepat mengalir. Benda ni aku dah bagitau dia berulang kali kena tinggikan bumbung sebelum dia buat pembaikan tapi tanak dengar. Tu aku cakap bodoh sombong. Susah nak makan ajar. Sekarang ni dia cakap dia akan buat dan dia cakp dia takde untung buat benda ni. Itu bukan masalah aku lah kan sape suh tak ikhlas wat keje betul tak? Keje nak kelentong orang, nak dapat untung lebih. Ini lah akibatnya. Aku bersyukur jugak pada tuhan sebab tunjukkan benda ni kat aku sekeluarga. Buatnya 1 tahun atau 2 tahun bocor mana aku nak cari dia? Carik dia bole tapi nak selesaikan mungkin kena tambah duit lagi. Ada hikmahnya disebalik setiap kejadian.

Dah settle pasal bumbung dia nak betulkan terus aku takde mood nak makan. Tu yang arini perut aku kembung,pening demam. Sudahnya aku pi klinik. Tak pasal-pasal dapat penyakit.

p1030595

Napak tak air menitik dari celah lampu tu.

p1030601

Abis almari aku rosak.

p1030600

Dah jadi cam hape bilik no 2 umah ni. Habis katil pon rosak.

Advertisements

15 Komen

Filed under Uncategorized

15 responses to “Bengang part 2

  1. “Napak tak air menikik dai celah lampu tu.” – haih kesian sampai demam dibueknya membe aku ni.. taip ayat pon dah rupa bahasa penan.. tahniah la masa MC pon boleh hupdate blog.

    Patutnya dia kene bayar ganti rugi kat ngko ni.. dah la berhabis duit nak renovate bumbung tu, perabot pulak nanti tak pasal² kene tukar baru..

    Ye lah aku syorkan ko tepek muka dia kat sini. Boleh kita sume bom dia.

  2. Salam,

    Sokong sokong!!!!

    Tapi janjihati, pasal geram punya hal, ada hati ke nk ambik gambar ngan die? eeeee

    YB… tunjuk kt die katil n almari ko rosak tu. Suh die ganti. Kalau die tk ganti, suh die repair pas tu buat praktikal… Curah air dr atas, tgk bocor lg ke tk… Kalo tk bocor, baru suh die blah. Kalo bocor, suh die bukak balik bumbung ko tu. Buat baru. Jgn main tampal jer. Bukan buat bumbung mcm tampal gigi berlubang

    Moga sihat hendaknya. Amin

    Wslm

  3. cheng1979

    janji – ok dah dibetulkan. biasa la semalam masa tengah taip baru lepas makan ubat. aku bagi tempoh sampai minggu ni je. kalu tak settle jugak aku nak mintak balik half atau dia ganti perabot tu.

    aemy – dah tunjuk dah. biasalah dah bersalah mcm2 la alasan dia, minta maaf beratus kali. dah curah air mmg tak bocor sebab hujan kan sekali dengan angin so aliran air hujan tu lain dengan kita curah dengan air. ni memang buat lain. kire dia kena kuar kos lain. padan la dengan muke dia dah rugi. tq ni pon bru nak baik ni maklumla doc ckp kena gastrik.

  4. Salam,

    Aku ckp gastric, ko tk caye… Aku ni pun pakar gak ha3

    Biorlah die rugi. Supaya die tk buat lagi keje bodo camtu. Kalo aku, aku direct ckp, “nama kontraktor, tp cmner keje leh sampai bocor2 cam ni?

    Wslm

  5. Alauddin Riayat Syah

    gastrik sebab stress tu. kalau makin stress nanti makin teruk jadinya. baik kasi jiwan itu tenang dulu ye kawan …

  6. cheng1979

    aemy – ya skrg baru aku percaya…

    alauddin – ya esok aku cuti menghilangkan stressssssssss

  7. betol betol betol.. ade org tu nak gi tgk wayangggg… hehehe

  8. aaaa maz…

    tp die ckp cam keling aaaa.. die bg tau nk jaga kontraktor tu wat umah… pas tu g tempah tiket tgk wayang. afiq nk letak ktner??

    wslm

  9. cheng1979

    aeymy – tulah plan dah bertukar. bini pon nak join cuti sama so… sebab dah janji dengan Diha nak bawak dia tengok wayang sebab dia rajin belajar (yeke saje je aku create alasan sebenarnya aku nak pi tengok hahaha). Lagipon ko kan tau aku stress tu yang kena gstrik ni.

    janji – betul betul betul

  10. tulis nama aku pon salah.. ape nye kawan aaaa.. mc sound gagap jer

    baguslah kalo diha betul2 rajin.. kes camni boleh dianggap 1 motivasi kt die

    jgn pas ni, die terikut2 cakap upin dan ipin tu, udahle.. mau babah n mamanya bengang hehehe

  11. dah ade broadband baru tu.. selalu² lah update.. 😀

  12. aida

    alahai !… tilam yang berpeta tu malulah nak gi jemur kat luar…… prasangka nanti!

  13. hahahaha.. aida… mcm pas kena kencing ek..

    YB le tu.. mlm over mimpi apa ntah kekeke

    maz.. kite tgkla nnt broadband tu smpai thp mana

  14. zAs

    bukan senang nak hidup senang dan bukan susah untuk hidup susah….

  15. cheng1979

    aemy – biasala sajer je bawak dia aritu nak kasi dia seronok sikit hehehe…

    janji – tu i takleh janji tapi kalu stress leh 2-3 entri kuar dalam masa 1 hari.

    aida – memang tak jemur pon berat tilam pon dah berkilo-kilo tapi tulah abis semua rosak.

    zAs – takpela mungkin ade hikmah disebalik setiap kejadian dan pengalaman lalu mendewasakan kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s