Notty Boy…

 

Lama tak update blog. Sorilah ye bukan setakat bz campur malas pon ade ni. Ni citer dah lama dah. Citer 2 minggu lepas. Afiq patah gigi 2 batang kat bawah. Citer dia camni, tau jela budak tengah lasak dia gigit kat coffee table kat umah Kajang tu. Masa tengah gigit tu dia melutut tapi dengan tiba-tiba je dia berdiri. Apa lagi terus aku dengar macam bunyi cam rumput kena cabut. Tengok-tengok dia dah menangis dengan darah banyak kat mulut dan 2 batang gigi terkulai-kulai (dah patah tapi masih lekat kat gusi). Satu batang dah tercabut atok dia yang cabutkan. Tinggal satu batang terkulai-kulai. Tuhan saje la yang tau hati aku camner. Dah la time tu ari Ahad. Semua Dentist tutup. Aku pi Hospital kat Kg Baru takleh nak buat. Last pi kat Al Zahrah Bangi baru settle. Kalu tidak dia nangis jela dengan gigi terkulai-kulai tak tercabut.

Gigi Afiq leh wat rantai pasni

Inilah rupa anak bujang aku apabila takde gigi

Sekarang ni kena bagi extra pengawalan kat dia ni. Sekarang pon dah boleh merangkak lagi la panjang kaki dia. Semua benda masuk mulut. Lagi la aku risau. Rasa macam nak amik maid je. Tapi masih ok lagi ni.

Diha n Afiq

Advertisements

14 Komen

Filed under Famili

14 responses to “Notty Boy…

  1. Salam,

    Fuhhh.. kesian afiq kena nganga dek babah ek

    letak rantai bertakhta berlian tau YB.. lg cantik hehehe

    pas ni kena wat kawalan ketat n hati2 dgn barang yg kecik2. bahaya. risau tertelan.. kalo telan terus masuk perut tkpe gak.. ni kalo jenis yg sangkut.

    Beringatlah YB. Hati2 di jalan raya hahaha

    Wslm

  2. Nama pong anok laki.. mesti aa lasak.. x gitu..
    pas ni ko kene jadi nujum pak belalang..
    boleh teka ape tindakan Afiq sebelum ianya terjadi… ecewahh mcm sixth sense la pulak..

  3. art

    itu baru leh merangkak, belum start merempit lagi

  4. cheng1979

    aemy – wah jadi rappers anak aku letak berlian kat gigi.

    janji2hati – ye anak lelaki… aku nak tanya mak aku la. aku masa kecik-kecik lasak macam ni agaknya. maybe ikut gen aku kot. sebab dulu aku penah patah tangan masa umor 5 tahun.

    art – amboi ko merempit dah ye.

  5. Alauddin Riayat Syah

    like father like son …suka menggeget ni … aummmmm!

  6. aku rasa memang ikut perangai ko lah…
    like father like son ..

  7. Salam,

    like father like son.. suka melupakan jasa kawan.. bila mintak tolong, nk cepat jer.. dh ditolong, kite plak di “cau” nye…

    afiq jgn ikut perangai babah yg satu ni ek

    Wslm

  8. cheng1979

    Alauddin – aku suke geget ape pulak?

    Janji – yerp perangai aku kan baik… lelaki soleh.

    Aemy – cau cau cau hahaha… bukan ko selalu buat kat aku ker?takpe anak aku tak ikut yang ni.

  9. Afiq jgn ikut perangai babah yang lupa daratan ni.. nasib Afiq lahir kat KL, kalo lahir kat Melaka.. sama la perangai cam babah dia.. ahahhha..

  10. Salam,

    Kan dh cakap.. babah lupa daratan…

    Wslm

  11. cheng1979

    janji – aku pon lahir kat KL rasanya… meh la check IC aku.

    Aemy – biasalah tu cara orang Melaka kasar tapi mesraaaaaaaaaaaaaaaaa….. (sambil buat tangan gaya Bob AF)

  12. ko kene save entry ni.. bila Afiq dah besar bagi dia baca nasihat berguna dari aunty-aunty yang baik ni.. ok Afiq?

  13. cheng1979

    janji – aku dah bisik kat telinga Afiq semalam supaya bile besar nanti jangan terpengaruh dengan aunty-aunty ni…

  14. Salam,

    kalau i baru leh save. YB tkleh hahaha

    Wslm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s