Meniaga tipu orang

Hehehe… ni memang betul-betul panas. Aku dapat cal dari syarikat mana tah yang buat tawaran nak bagi aku kad kire cam kad diskaun la something like that. Arini aku sibuk sikit buat memo dan taip minit mesyuarat lepas. Jadi, aku cam biasa layan jelah sebab aku pon dah tau modus operandinya macamna.

Hello bole saya cakap dengan En ****

Ya saya bercakap,

Macam ni syarikat kami menawarkan kad diskaun secara percuma kepada Encik kerana Encik takde blacklist dari mana-mana bank.

Ok…

Boleh saya tau En **** punya kad master atau visa dari mana bank?

Saya takde kad kredit ni. Saya dah tutup lama dah…

Ohh… satu kad pon takde?

Ha’a…

Ok En ****. Tup terus dia letak lelefon.

Apakah???????…..

Kelakar kan? Kalau nak bagi percuma watpe tanya orang ada kredit kad atau tidak kan. Oklah kepada sesiapa yang tak tau modus oprandi dia camni, mula-mula dia akan cakap percuma pastu nampak kita macam berminat dia akan tanya kad kredit kita bank mana visa atau master. Seterusnya dia akan suruh kita bacakan no depan kad kredit kita kepada dia. Dan akhir sekali dia akan mintak 3 digit terakhir belakang kad kredit kita. Sungguh licik bukan? Ni namanya meniaga menipu yang sedang berleluasa sekarang ini. Tapi aku pelik kenapa Kementerian berwajib tak siasat perkara ini. Kes ni sama macam kad gores dan menang dan ramai aku rasa mangsa dah tertipu dengan modus oprandi macam ini.

Oh ya aku bagi no telefon budak tu supaya korang tak terpedaya dengan tipu helah macam ni.

Nama : Izwan (aku tak tau nama betul atau samaran)

No tel : 016-2250291

Atau korang boleh ramai-ramai sms kat dia (ajak kuar makan pon ok jugak).

Advertisements

9 Komen

Filed under Macam-macam

9 responses to “Meniaga tipu orang

  1. Aku pun dah penah kena gak ngan dorang ni. Modus operandi sama je. Offer kunun dapat free itu ini.. nak tarik perhatian..

    Yang penting jangan lah bagi no kedit kad korang kat sape2 pon especially 3 digit kat blakang tu. Merbahaya..

  2. cheng1979

    Tapi percayalah masih ada lagi orang terkena dengan cara ni. Sama macam gores dan menang dah letak dalam surat khabar pon masih lagi ada orang terkena.

  3. aida

    mereka akan cuba bermcm2 cara lagi utk dptkan keuntungan… hati2 lebih2 lagi pasangan kita, kdg2 mudah terpedaya !

  4. apa kata kita call dia plak dan offer kat dia kad diskaun secara percuma hehehe

  5. cheng1979

    kak aida – biasalah sekarang ni macam-macam cara nak cari untung. dah hilang punca rezeki tu halal atau tidak.

    gerektua – call ajak datang ke rumah sempena aidil adha ni. bagi dia daging korban sikit hehehe

  6. aku penah try call balik org yang nak tipu aku tu.. tapi kejap je dorg dh terminate no. tu.. ni mesti nombor pakai buang ni.. maklumla skang simkad murah baru 8 hengget. kalo dpt tipu org dapat beribu-ribu, apa lah sgt simkad 8 hengget tu.

  7. cheng1979

    Bole ke? sekarang bukan beli sim kad kena ada ic atau paspot? tapi sim kad sekarang kalau tak guna dalam 6 bulan atau setahun dia akan recyle balik no tu.

  8. smalam pon ade org call aku .. guna 016 jugek.. ntah dr company mane ntah.. ckp nak buat survey sarang burung, ada baucer percuma pegi melancong.. tapi aku cantas je ckp aku x ske melancong.. ahahhaha.

  9. cheng1979

    biasala la tu, aku kadang-kadang rimas dengan orang bagi free2 ni. bukannya free tapi dah include dalam pakej atau harga tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s