Cerita minggu ini dan minggu lepas…

Cerita minggu ini yang terbaharu ialah Afiq jatuh lagi… kali ni teruk sikit berdarah kat bahagian gusi.

Cerita lebih lanjut kat http://dianaajaq.blogspot.com

Nampak tak kat hidung tu melecet. Hero la katakan.

Cerita minggu lepas, jiran sebelah rumah pakcik Hasro meninggal dunia. Pergi dengan begitu cepat. Sampai kami jiran sebelah hingga hari ini terkejut dengan pemergiannya. Alkisahnya pakcik ni memang takda menunjukkan sakit-sakit tapi dengan tidak semena-mena pagi Khamis 20/11/08 arwah ada mengemaskan rumah sewa kerana ada orang nak sewa rumah tu. Bila balik dari mengemas arwah muntah dan terus dibawa ke hospital. Bila kat hospital dan buat rawatan arwah ada sakit jantung peringkat ke 3. Menurut cakap anak arwah, peluang untuk arwah hidup 50:50 dan arwah disahkan meninggal dunia pada 3.30 petang Khamis tu. sehari sebelum tu aku ada nampak arwah sedang bersihkan kolam dan sebelum tu aku ada komplain la sket sebab pasu dia masuk area umah aku. Dan dia dah alihkan dan bersihkan tempat dia letak pasu kawasan umah aku. Sampai hari ini bile aku tengok tanah yang dia dah bersihkan tu aku rasa haru dan sedih. Al-fatihah untuk arwah pakcik Hasro.

Sepanjang minggu lepas mama aku (MIL) masuk APSH sebab kaki bengkak. Kaki dia bengkak sejak raya haritu dan tak surut bengkak tu. dan bile refer kat ortopedik, kaki mama ada nanah dan perlu operate untuk buang nanah tu (minor operation). Sepanjang dia duduk kat wad APSH apa yang kami sekeluarga kesalkan, perkhidmatan nurse kat situ yang bagi aku kerja main-main. Ada satu pagi, bile nurse kat situ check darah mama dan didapati low sugar. Dia boleh bagi mama aku satu paket milo suh kacau sendiri. Bila low sugar mama aku tangan dia gigil-gigil macamana nak bancuh milo sendiri. Nasib baik time tu ada adik ipar aku. Banyak lagi la yang mengecewakan dengan mutu perkhidmatan nurse kat situ. kitaorang pon dah buat surat aduan tentana mutu perkhidmatan nurse kat situ. Lagi satu, aku tak tau la benda ni macam susah nak buat iaitu senyum. Rata-rata nurse kat situ masam je tak senyum. Senyum bukannya susah sangat pon kan. At least pesakit ni lapang la dada tengok senyuman walaupon tak boleh ubati sakit yang dialami oleh pesakit.

Advertisements

6 Komen

Filed under Macam-macam

6 responses to “Cerita minggu ini dan minggu lepas…

  1. Alauddin Riayat Syah

    lu ni jiran tak prihatin la…egegege …. wahahahaha… okle ni atleast malam lu da tahu dia meninggal. Cam gwe ngan jiran gwe sebelah, da seminggu baru kita org tahun brader depan rumah kita org meninggal. lagi siut. Ingatkan dia gi outstation. Tu lah skang ni makin tak rapat je la antara jiran-jiran tak macam masa-masa dahulu.

  2. cheng1979

    Yerp betul tu bro Aluddin. sekarang dengan anak-anak jiran semakin rapat. kalau dulu jumpe just angkat tangan, angkat kening sekarang ni dah bertegur sapa.

  3. ko ni punye statement konpius lah :

    “Cerita minggu lepas jiran sebalah rumah pakcik Hasro meninggal dunia ”

    aku pikir jiran yg duk sebelah umah pakcik Hasro. (bukan ko lah, org lain) .

    manfaatkanlah koma dan noktah tu.

    Fuhh Afiq ganaz ehhh… kene extra carefull after dis, makin membesar makin lasak…

  4. cheng1979

    janji2hati – saje mau test tatabahasa korang camner… baguslah dapat manfaat dari entri ni hehehehe… takyah pegi kursus bahasa melayu dah.
    Double extra carefull ye. letak je dia kat lantai dah mengesot nak ke bilik air… camner tu.

  5. Wak_JoyoSintono

    Ganas gak anak ko tu jak.Aku rasa mesti ikut perangai bapanya..

    Skang ni sakit jantung dah ramai sangat kena. Tengah riadah, tup2 jatuh n terus out. Yerla, mana taknya, skang ni senam pun payah. Gi kerja naik keta, kat keja, duduk kat aircond.

    nak kena pegi gym ni gamaknya.

  6. cheng1979

    wak – bapaknya tak ganas… lemah lembut tutur kata gitu. Takyah la wak nak bersenam dah terlambat hehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s