Anak-anakku

Fakta benar mengenai Diha

dsc002022

1. Suka makan ais krim tak kire demam atau selsema (ikut perangai sapa le nih).

2. Sangat takut dengan kucing tapi ada anak patung karekter Tom peneman ketika tidur (apakah?).

3. Minum susu botol sebelum tidur (kalau takde ni tak leh tido kompem).

4. Sangat obses dengan toy masak-masak (hampir tiap-tiap hari aku kena jadi tester untuk masakkannya).

5. Menyebut bidanes iaitu petronas dan bekdanes iaitu Mc Donald tapi aku leh paham (terer kan aku).

6. Sangat suka ke Tumbletot.

7. Suka makan spagetti atau apa-apa yang bercirikan mee.

8. Selepas main dengan toy dia akan kemaskan termasuk kemaskan toy adiknya.

9. Sangat susah untuk mengambil gambar dia. gambar di atas tu pon diambil secara candid.

10. Akan menyambut hari lahir ke 4 tahun pada 6 disember 2008 dan akan ke sekolah tadika pada tahun hadapan (besar dah anak aku).

Fakta benar mengenai Afiq

afiq-muncung

1. Suka buat mulut seperti di atas.

2. Sudah pandai menagis ala-ala menjerit-jerit jika nak susu (alahai kalau susu tu boleh buat dlm masa 5 saat takpelah Afiq oiii).

3. Pandai menyusur bawah-bawah kerusi, meja. Takleh leka sekejab terus ada bawah meja.

4. Tidur sangat lasak. Malam posisi sopan pagi-pagi sudah posisi lain.

5. Gigi dah tumbuh 2 batang di bahagian bawah.

6. Dah start bagi makan makanan bayi dan makan dengan penuh selera (habis).

7. Sudah mula bercakap dengan bahasa sendiri.

8. Bangun malam sekali sahaja dan baru-baru ini bagun ketika jam 1.00 pagi. bagi susu dan apabila sudah kenyang letakkan kembali ke katilnya dan dia akan tidur nyenyak sehingga pagi (good boy).

9. Sangat susah nak buat dia ni ketawa terkekek-kekek. Senyum senang je.

10. Akan menyambut ulang bulan yang ketujuh pada 16 hb ini.

dsc00330

Yeay… nampak tak gigi saya?

Advertisements

10 Komen

Filed under Famili

10 responses to “Anak-anakku

  1. mai yg ada super power

    hah!!!diha x suke tangkap gambo??pelik jer…coz aku rasa cam byk jer pic diha yg diambik…hehehehehhehe…

  2. cheng1979

    Candid jer. Tak caya tanya Alauddin.

  3. Alauddin Riayat Syah

    betullah..diha da jadi pemalu.. kalau tak muka dia mesti banyak dalam kamerra gwe masa family day..tapi muka ko plak yang banyak le ida…egegege

  4. hanye penangkap gambar pro je yg leh snap gambo diha ni.. gaya2 mcm mak pak dia ni harus dia taknak..

  5. haa budak-budak memang sebut petronas tu bidanes kot.. sebab anak buah aku pun sama.. tapi dia pronounce McDonalds as Bekdoney.. (kelate la pulok)

  6. cheng1979

    Janji2hati – penangan tgk aku budak kelantan kot hihi

  7. entry baru mana nie woih… dh nak masuk bulan zulhijjah nie..

  8. cheng1979

    janji – amboi siap bagitau bulan islam tuh… virus M melanda lah. ada nak tulis tapi tu lah virus M ada dalam diri ni

  9. hahhaha nak kene ketuk baru nak buat entry baru.

  10. cheng1979

    wah u ni memang follow my entri ye… terharu i awwww….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s