Rokok

Dulu masa aku belajar kat UPM ada senior aku nama dia rokok. Masa belajar semua ada nama samaran.Aku pon ade nama samaran tapi aku tanak bgatu kat sini. pandai-pandai lah korang carik nama samaran aku kat UPM tu. Kalau betul aku belanja makan nasik hehehe.

Oklah aku bukan nak cite pasal senior aku yang nama dia rokok tapi aku nak cite pengalaman aku hisap rokok. Masa alam remaja aku hisap main-main sajer dan mula serius ketika lapas SPM. Apa bila masuk ke IPTA aku mula serius (heavy smoker) pada tahun kedua iaitu pada 1999. ketika itu, habis semua rokok aku rasa dan rokok yang serasi untuk aku ketika itu ialah rokok jenama D kaler merah. Kalau tanya sape-sape hisap rokok diorang tak boleh tukar-tukar jenama. Kejab jenama ni esok tukar jemana lain. Silap haribulan boleh muntah hijau. Pada ketika itu, rokok jenam D 7 batang baru RM 1.50. Rasa setiap kotak rokok adalah berbeza. 7 batang lebih kuat, 10 batang kurang lagi, 14 dan 20 lagi kurang. Ini kerana 7 batang mengandungi tarikan yang kuat untuk membeli lagi selepas itu. Eloklah kerajaan dah hapuskan rokok 7 batang dan 10 batang ini kerana mampu dimiliki oleh budak-budak sekolah. Itu dahulu, sekarang aku bebas 100% dari ketagihan merokok.

Kenapa aku cerita bab rokok ni sebab baru-baru ini dua orang pak sedara sebelah bini aku menerima akibat dari rokok ini. Sorang kena stroke dan sorang lagi by pass jantung akibat merokok ni. Merokok membunuh dalam keadaan perlahan tanpa kita sedari. Kesannya bukan dalam 2 atau 3 tahun tapi pada peringkat umur 60-70 ke atas. Dan apa yang aku nak cerita kat sini kos perubatan kat Malaysia sangat tinggi. Untuk masuk ke wad ICU hospital swasta saja depositnya RM 4 k. Yelah mungkin ada yang mengatakan kenapa pegi swasta GH kan ada. Untuk mendapat rawatan yang rapi dan pakar aku rasa hospital swasta menyediakan keperluan yang terbaik (pandangan aku saja). untuk ketika ini RM 4k depositnya aku rasa bila masa aku nanti mungkin mencapai RM 10k-20k.

Masa bulan ramadan yang lepas selepas berbuka puasa aku ada melihat sepasang suami isteri serta anaknya baru lingkungan 2 tahun rasanya. Selepas berbuka sang isteri mengambil sesuatu dari begnya dan siap mintak lighter dari sang suaminya. Rupanya isterinya ingin melepaskan gian merokok. Aku terfikir bagaimana sewaktu dia mengandungkan anaknya adakah dia hisap rokok? atau berhenti merokok sebab mengandung? tapi kalau semasa dia mengandung dia merokok cukup ngeri untuk membayangkan apa akibat dari perbuatannya itu.

Oklah mungkin masih belum terlambat untuk aku berkongsi macam mana aku boleh berhenti merokok.Aku start hisap rokok tahun 1999 dan berhenti pada pertengahan 2003. memang susah nak berhenti merokok dan aku telah melaluinya dan siapa yang telah berhenti merokok aku ucapkan tahniah.

Ada 2 cara untuk berhenti merokok. satu kaedah yang cepat dan satu lagi kaedah yang lambat sedikit.

Kaedah cepat berhenti merokok

Beli sekotak rokok. Bukak kotak rokok dan ambil kesemua rokok. Hancurkan rokok tersebut dan ambil tembakaunya rendam di dalam air. Setelah rendam dalam setengah jam minum air tembakau tersebut. Dikatakan anda kan mengalami muntah yang teruk. Ini perkara biasa dan muntah tersebut akan mengeluarkan lendir berbentuk TAR rokok yang ada dalam kerongkong. Dikatakan selepas itu anda tidak ada keinginan langsung untuk menghisap rokok (aku tak pernah try cara ni tapi ada orang pernah try dan berkesan).

Cara Slow n Steady

Kalau guna cara ni kena kuat iman. Kena cari geng yang tak kuat merokok. Ok caranya, aku gunakan bulan puasa adalah bulan terbaik untuk berhenti merokok. selepas berbuka jagan sesekali merokok tapi kalau gian jugak cuba lengah-lengahkan. Selalu cuci tangan dengan sabun. tolak permintaan kwan dengan baik jika mereka hurkan rokok. Kena kuat menahan kutukan perbuatan anda berhenti merokok oleh kawan-kawan anda. Buang bekas abu rokok, lighter  di rumah anda. Kalau anda gian lagi cuba amik bau sajer dari rakan anada yang hisap rokok. Akhir sekali berdoa kepada tuhan untuk berjaya berhenti merokok.

Sekarang ini, kerajaan telah melantik klinik-klinik memberikan dos nikotin percuma kepada perokok yang ingin berhenti merokok. Gunakan cara ini sebab masa aku dulu takde benda ni. Mungkin lagi cepat boleh berhenti merokok. 

Semoga anda berjaya berhenti merokok.

Advertisements

14 Komen

Filed under Macam-macam

14 responses to “Rokok

  1. Wak_JoyoSintono

    Tahniah kepada saudara kerana sudah berjaya berhenti merokok. Apa petua?

  2. apa lagi.. pi la beli s detox.. ahaks…

  3. cheng1979

    wak joyo – kan ada petua aku bagi tu. kena tulis dalm versi bahasa jawa la nampaknya.ke dah terkana penyakit blur?semalam cr fail dari pagi sampai petang rupa-rupanya…. hahaha

    my wife – bukan dapat free ke benda tu kat klinik?

  4. tahniah (walaupun dah terlewat 5 tahun) kerana telah berhenti merokok. Bukan senang tuuu..

    Untuk sesiapa yang masih merokok, berusahalah untuk berhenti.

    Sekadar berkongsi :

    Bapak mertua aku memang heavy smoker dulu, now suffered jantung, buah pinggang dan paru-paru plus diabetes some more. Now dah tak boleh berjalan, kene pakai wheelchair tapi dah tak daya nak tolak sendiri.

    My pakcik duluuu used to be a smoker (10 taun je merokok) now suffered paru-paru jugak.

    Few friends of mine lost their father bcoz of sakit paru-paru juga akibat merokok.

    Alhamdulillah hsbd x merokok, tapi aku risau pasal adik aku pulak yang merokok.

    Jadi kalau x sayang diri sendiri, sayangi lah orang disekeliling anda.

    Sekian, pesanan khidmat masyarakat.

    ~~panjang pulak comment mcm nak buat entry sendiri je.

  5. Alauddin Riayat Syah

    merokok membahayakan kesihatan. harap maklum

  6. cheng1979

    janji2hati – panjang takpe untuk kesedaran. sape-sape ada pengalaman boleh lah letak kat sini semoga dapat keinsafan dan usaha untuk berenti merokok. dulu masa aku mula-mula merokok ada sorang senior nasihatkan aku jangan merokok tapi aku tak endahkan cakap dia sebab dia pon merokok. Sekarang aku paham apa yang dimaksudkan oleh beliau.

    alauddin – yup betul tu merokok menyebabkan kanker (kotak rokok kat Indonesia)

  7. oooo kau ada nama samaran ehhhhhh… ermm tanak bgtau .. takpe takpe aku tanye bini ko.

  8. cheng1979

    janji2hati – hahaha keji… bini aku pon tak tau beb. dia UTM aku UPM. tak caya tanya la dia.

  9. hahahha mesti nama samaran ko sabtu kan?

  10. cheng1979

    janji2hati – tetttttttttt…. salah coba lagi

  11. aida

    tahniahlah kalau dah berhenti merokok. hubby kak aida x pernah dengar pulak nak berhenti merokok. dia kata kalau orng tanam tembakau lagi, mcm mana nak berhenti merokok. hisap ajelah selagi belum datang penyakit kronik. sabau ajelah…

  12. cheng1979

    kak aida – memang susah nak berhenti merokok kak.kalau dah berhenti jangan sesekali sentuh rokok tu.kalau sentuh alamat memang susah nak hilang ketagihan merokok.sekarang dah berhenti pon ade effect kat dada tiap-tiap pagi. rasa mcm sesak nafas sikit.

  13. hahahha.. mesti nama samaran ko ala-ala keji gitu kan.. sbb tu tanak bagitau, kang kene bahan plak..

  14. aaaaaaaaa dh malas hapdet ye…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s