Sikap Pemandu Malaysia

Lama betul tak update blog, biasala musim raya ni lemau sikit. tengok tajuk entri semua mesti terbayang sikap pemandu malayasia yang sebenarnya. Kalau PDRM buat ops sikap kali yang sejuta, aku rasa kadar kemalangan masih banyak lagi sebab sikap ini takan hilang dilubuk hati setiap pemandu di Malaysia. Okay dengan tidak membuang masa lagi mari kita lihat (apa yang aku sering alami semasa memandu) sikap sebnar pemandu Malaysia :

Tergesa-gesa mengejar sesuatu

Situasi ini aku sering alami semasa memandu pada awal pagi. aku keluar rumah pukul 6.30 pagi tapi apa yang aku tengok ada yang memandu laju walhal jalan memang lenggang. Kereta tu adalah tapi takde la banyak sangat sebab awal pagi kan. Kadang-kadang memotong laju pastu brek mengejut sbb kat depan dah sesak (tak ke poyo kan).

Suka potong Q

Yang ni aku paling menyampah bile kat tol atau semasa masuk parking. wei tolong la hormat orang yang Q panjang kat belakang. Semua orang nak cepat takde yang nak lambat tapi tolonglah jangan amalkan budaya ini memang kena maki berbakul-bakul.

Beri signal tapi tak bagi masuk

Hahaha… camner aku nak terangkan ayat kat atas ni. Camni selalu kita nak tukar lorong kita akan beri signal kan? tapi bila dah bagi signal tapi kenderaan kiri atau kanan akan melajukan keretanya tak bagi kita masuk lorong dia. Apahal kan kita semua bayar cukai jalan tiba-tiba dia pulak tak bagi jalan. Ingat jalan bapak dia yang bina agaknya.

Dah tukar lorong baru nak bagi signal

Yang ni selalu la aku kena. Selalunya yang buat perangai beruk ni orang pakai keta besar pastu pompuan. Ingat keta besar tu kuat ker boleh belah la.

Nak masuk lorong tak bagi signal

Aku rasa ini tak payah cakap la kan semua orang pernah alami. selalunya keta mahal yang buat camni. Aku rasa lampu signal dia mahal sekali bagi je terbang RM 1000. Tu pasal susah kalau kita nak tengaok keta-keta camni bagi signal.

Keta kecik tapi bawak laju

Sape-sape pakai keta kecik ni jangan kecik ati la ye ni sebagai iktibar amik pengajaran je. selalunya keta-keta bersaiz compaq ni suak bawak laju. bukan tak boleh bawak laju tapi dah kat lorong kanan (paling laju). Bila sampai area bukit sikit baru terasa tak larat nak memecut. Pastu jenis tak reti nak ke tukar lorong tengah atau kiri.

Tu jela sikit aku citer pasal pemandu kat malaysia ni kalau sape-sape nak tambah boleh la tambah. Aku nak ucapkan selamat menunaikan fardu haji kepada Puan Aemy semoga mendapat haji yang mabrur (betul ke eja ni) dan selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air. Keduanya terima kasih kepada Kak Maznun kerana belikan oleh-oleh dari Sabah bah. Butang baju melayu kristal (wow hatiku bukan kristal). Terima kasih banyak-banyak. Ketiga, aku nak ucapkan selamat berangkat kawan aku Nik ke UK. Sambung Phd di Hull University (correct me if i’m wrong). Ya terima kasih belanja makan ikan bakar tadi… sungguh kenyang sehingga nak tido dah ni hehehe.

Nantilah aku update gambar. Aku guna pc orang lain nih… ha lagi satu kepada member-member yang beli hp baru tu tunggu…….. berlagak ye.

Advertisements

13 Komen

Filed under Macam-macam

13 responses to “Sikap Pemandu Malaysia

  1. tak kisah AP atau china..yang penting touch screen ..makin lembutlah hujung jari i…awwww

  2. cheng1979

    Orang mana pakai touch screen skrg ni sumar pakai butang. Baru klasik. Touch screen tapi AP ermmm… camner tu

  3. orang moden pakai touch screen bai.. orang-orang tradisional cam loe je pakai butang… Mr. J pakai butang pasal berkebun..lu tak.. so kalau berpeluh licin bahaya pakai touch screen ..muehehehehe

  4. jijah

    jak, ko jgn ckp kete bwk laju2 n kete kompak ni…bos kita tu bwk laju2 gak….experience 2 mggu lps ikot naik kete dia…..laju gak dia bwk….huhuhu….pg2 pon dia g keje dia pecut laju2…hehehe

  5. cheng1979

    Duke – ala ko jangan terpengaruh dengan bobo yang lalang tu… arini dia sokong loe esok lusa loe tgk dia sokong saper.Dia kan lalang.

    jijah – Takpe dia tak baca blog aku ni hahaha… dia memang sejak dulu lagi bawak laju tapi dia bawak alert.Respek la dengan cara pemanduan dia tu.

  6. ur wife

    oit.. ni bagi komen ke lagi ngutuks? hehehe..

  7. Alauddin Riayat Syah

    TU dia..kasih seorang isteri..sentiasa dibelakangi suami…
    Jijah> boss memang laju.. dia pernah race sama ramly masa kitaorang muzakarang kat melaka dulu

  8. mai yg ada super power

    muahahahahaha…pemandu malaysia memang berhemah…pagi2 suke suh aku maki berbakul-bakul…

  9. cheng1979

    my wife – biasala diorg ni selalu jeles dengan i

    alauddin – loe nak tau loe kawin la dulu, tentu wife loe akan backup untuk loe. siap hack lagi blog kitaorg hehehehe…

    mai – tau takper….

  10. Wak_JoyoSintono

    Jangan begitu wahai kawan-kawanku.Walau mereka bersikap kasar, kita mesti bersabar. Maafkan mereka. Kita manusia. makhluk yang lemah. Sentiasa melakukan kesalahan walau tanpa disedari. Maafkan mereka sempena hari yang mulia ini. Sempena Raya Haji yang bakal menjelang nanti. Sedangkan nabi maafkan umat, inikan kita. Semoga mereka mendapat pengajaran mereka kelak. InsyaAllah.

  11. cheng1979

    wak – takpe sebagai peringatan supaya berhati-hati ketika memandu. Sayangi nyawa anda.

  12. saya adalah contoh pemandu yang sopan lagi berhemah ok. Tak marah-marah, tak maki-maki, banyak bersabar, sentiasa beristigfar dan tersenyum.. undi lah saya.

  13. cheng1979

    janji2hati – wow saya musti pileh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s