What To Do…

Semalam kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini 25 September 2008. Hampeh… aku baru je isi penuh minyak keta aku semalam 35 liter kesemuanya. Bile kira balik aku cuma rugi RM 3.50 je. Erm… takde la banyak sangat (ayat nak menyejukkan hati).

Kadar inflasi Ogos 8.5%

Baru turun sikit minyak RM 0.15 sebelum ini kadar inflasi bulan Ogos naik sebanyak 8.5%. Kalau minyak turun 10 sen seliter baper agaknya kadar inflasi kita ye? Erm… aku serba salah nak suka atau tidak dengan penurunan harga minyak ni. Kadar inflasi 8.5% aku rasa tinggi kat Malaysia untuk bulan Ogos. Bawak RM 50 ke pasar raya berapa jenis barang je yang dapat dibeli. Mata wang ringgit semakin tidak bernilai. Kalau beli barangan asas untuk anak-anak seperti susu dan lampin pakai buang. Bawak RM 100 hanya lepas susu budak 2 tin. Lampin pakai buang lepas 2 bungkus sajer 84 keping untuk RM 100. Kira tiap-tiap bulan kena keluar dalam RM 350 untuk anak-anak. Bukan aku jenis berkira nak cerita kat sini tapi apa yang aku nak tekankan nilai ringgit kita dah tidak bernilai. Tu belum masuk bab makan, keperluan asas dan lain-lain. Harga barang semakin hari semakin naik. Bukan harga minyak turun harga barang akan turun. Renung-renungkan…

So What To Do… sebagai rakyat harus terus berterima kasih di atas penurunan harga petrol dan berharap akan terus turun lagi.

Nota kaki : Baper agaknya nak bagi budak-budak duit raya tahun ni?aku rasa sama jela mcm tahun lepas takde naik takde turun. kalau komplen jugak budak-budak ni terus aku rampas balik hehehe… nak tunggu zAs bagi komen. Dia kan pakar ekonomi.

Advertisements

17 Komen

Filed under Uncategorized

17 responses to “What To Do…

  1. Duit raya tak turun laa.. kejam btol kalo turun.. maintain pon kira ok lahh.. budak-budak skang jangan banyak songeh.. mak bapak korang keje bagai nak gila nak demand duit raya banyak2 pulak.

  2. cheng1979

    janji2hati – weh ko tak penah kena… ade satu kali tu siap bukak depan aku tu.pastu cakap kuat-kuat “RM …. jer?” hampeh

  3. zAs

    ini lah akibat jika kita salah pilih pemimpim. mmg ekonomi dunia sdg merundum tapi klu kita pandai adjust insyaAllah tak jadi mcm ni. mungkin nak kena belajar guna napkin balik kut utk jimatkan skit belanja or masak sendiri di rumah or tunggu kawan belanja mkn… hahahahahaaaaa…..! yg terpenting, bil air jgn sampai tertunggak….!

  4. cheng1979

    zAs – ayat yang last tu memang menyentuh jiwa hahahaha…

  5. zAs

    cheng, lu dah lama tak bayar bil air ek…? maaf lah yer…

  6. dulu dpt duit raya seronok je. Tak kira la bape pon. Ada jugak yang bagi 20 sen, 50 sen.. pastu pegi beli ais krim. Tak pon masukkan dalam tabung kancil yang ada bunyi tu..

  7. cheng1979

    zAs – wa bayar beb.bayar tetap bayar…

    janji2hati – ha’a walaupon dulu dapat 20 sen, 50 sen mana letak dalam sampul.dulu aku dengan sepupu aku siap beratur pagi-pagi, arwah atuk aku akan bagi 50 sen atau singgit.sekarang cube ko bagi budak-budak ni 50 sen tarik muka beb.

  8. zAs

    aku lagi kejam, klu budak2 ketuk pintu aku senyap2 je tapi skrg tak boleh dah lah sbb anak aku mesti bising dari dalam nanti… hehehehehe….

  9. cheng1979

    zAs – hahaha… tu selalu aku buat… kat keramat banyak.aku blk keje malam-malam sibuk je datang pastu cakap cik…. nak raya.datang usha line 2-3 orang.kalau cornfirm ko tengok 10 orang member dia dia bawak.tapi selalunya aku akan cakap raya dah habis.terus kelat je muka budak-budak tu.

  10. zAs

    tu lah pasal cheng, ko tau lah aku kan duk kat berek polis jadi ramai lah anak anggota yg tak dpt blk beraya teringin lak nak beraya kat umah aku… aku kira2 ada dkt 200 budak2 kat berek tu… boleh jatuh papa mcm ni!

  11. hahahaha kat umah aku pun ada .. budak-budak dtg ntah dr mana tiba-tiba nak beraya… tapi tak serius mcm bobo kot. kalo 200 orang.. pengsan!

  12. cheng1979

    wow 200 orang? biar betul… tu bukan kopak lagi.mesti lu bulan raya ni duk kat selayang hahahaha… kalau sorang RM 2 whahahah dah RM 400 lu kena kuar. kalau RM 3 sorang dah RM 600. Syabas inspektor shahab

  13. Alauddin Riayat Syah

    Now your title is written in English Bro. But do you know what’s it mean? I’ve also realized that only the title is in english but the rest of article is in Bahasa Melayu. This make me thinking, do you really know the title’s meaning? …hu.hu..hu

  14. zAs

    kat selayang lagi line panas, ada sekali tu mak wa sudah suruh budak2 tu balik, budak tu jawab “org kaya kedekut”….. tu yg rasa nak raya kat italy je tu.

  15. zAs

    alauddin sungguh keras sekali tuduhan mu itu, cheng tu siap buka kamus da…. itu je lah yg dia faham…!
    betul cheng, rumah aku ada 2 blok. setiap blok ada 12 tingkat. setiap tingkat ada 12 buah rumah. lu tak ngeri ke…? tu pasal aku duk dlm rumah senyap2 je. hehehehehe….

  16. cheng1979

    Alauddin – tau bro.saje je wa buat dalam BM takut zAs tak paham.komen lu bagi tu bape kali dia selak kamus nak bagi paham.

    zAs – ngeri beb takyah kira blok.kire floor je dah cukup ngerih dah.lu tau ke ape maksud floor? Aras jangan lu ingat tepung pulak.tu la susah aku nk wat entri dalam BI ni member aku tak paham.nanti dia paham lain.

  17. Alauddin Riayat Syah

    Sorgen Sie sich nicht bro. Niemand lachen, wenn Sie zu innen überprüft dem Verzeichnis haben!

    (Don’t worry bro. No one will laugh if you’ve to checked in the dictionary!)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s