Bournous…

Iklan jab

Yeay kami menang Chelsea 4 Bordeaux 0. Sumber www.uefa.com

Tak sia-sia bangun pagi-pagi tadi tengok perlawanan ni.Mantap beb.Tak kisah la orang cakap lawan team lauk.Ape kau ingat kalau kau main bole score banyak tu?Silap-silap kau lawan team lauk tu yang melaukkan kau.Hehehehe… takde la emo ni intro je ni.

Semalam, orang-orang kat sini dah dapat suntikan vitaman B. Masing-masing sudah membayangkan pasar raya terkemuka dengan 70%, 60%, 50%, 30%, 10%, 5%. Rata-rata semua membayangkan pasar raya Jusco, Mydin, Sogo, Hero, Ong Tai Kim, Isetan, Usetan, Midvally, Parkson, KLCC, Robinson, Yaohan (lama siot tak sebut ni), The Garden, IKEA, Pertama Kompleks, Cambell, Semua House, Mark & Spencer, Sunway Piramid, Ampang Park, Ampang Point, Kedai Foto Selangor (member aku suke yang ni), UO, Giant, Carrefour wah dan banyak lagi.Ade jugak yang merungut vitamin B dipotong KWSP.Tapi ade eloknya dipotong sebenarnya. Nak harapkan kita simpan? Aku rasa seposen pon belum tentu lagi. Kalau RM 10.99 tu bole kuar dalam akaun, memang akan keluar punyalah.

Ada jugak yang tak dapat mengeluarkan bournous disebabkan pengurusan telah masukkan ke akaun lain (bukan akaun gaji). Tapi sekarang ni, kenapa bank bile bukak akaun kita tak dapat buku akaun? Kalau masalah orang yang hilangkan buku akaun, aku rasa dalam 10% je.Tapi jangan nak menyusahkan 90% pengguna lain. Sebab tak best bukak akaun bank tapi takde buku akaun. Apa bukti kita dah bukak akaun kat bank berkenaan. Setakat kad ATM je yang dapat. Katakanlah contohnyalah, buku akaun kita hilang, pihak bank boleh charge RM 50 – RM 100 ke… Cornfirm selepas tu pelanggan tu takkan hilang buku akaun. Kalau hilang pon dia takkan lapor pada bank, guna ATM kad je. Hehehehe….. Biler dah dapat Bournous ni tekak pon rasa lain macam ye tak?takde lagi dah pi pasar ramadan makan lauk semalam… minum air soya yang dicampur dengan air paip, takde lagi dah makan kuih tepung pelita tepungnya rasa hapak, ayam gorang rasa liat/mentah, kuah kari yang dah berbuih. Semua yang best-best je tergambar kat dalam kepala.Tolonglah ye kepada sesiapa yang meniaga di pasar ramadan ni cubelah berlaku jujur.Jangan recyle lauk semalam, kelmarin, minggu lepas.Dunia ni ibarat roda… (lu tak payah pikir-pikir jangan risau hehehe…).

Sebut pasal makan ni semalam dapat sms dari sorang member semalam time nak berbuka puasa “Fuh… tak sabar nak makan ni.Nasi Kandar plus ikan goreng plus sotong.singgah lak beli kari ayam kat mamak pwtc.Fuhhhh….” (Mesti member ni tak reti nak cari simbol “+” dalam hp dia.Tula pakai motorola lagi).Ape barang dah dapat bournous makan ikan gorang, sotong jer?Aku ingat udang sebesar tapak tangan tu 5 ekor, telur ikan, telur goreng, ayam masak hitam, kari kambing. cehhhh….

Nota kaki : Nanti aku wat entri kenape aku raya cuti 2 hari je dan raya ketiga dah masuk keje.Banyak timbul fitnah ni… kena jernihkan keadaan.

Advertisements

15 Komen

Filed under Macam-macam

15 responses to “Bournous…

  1. zAs

    lu org melaka lah… tak yah lah sokong pasukan kafir tu…. sedar lah diri skit…

  2. zAs

    cheng, baik ko baca apa yg tertera kat bawah slip bonos tu….. belanja berhemat katanya… tak kan lah ko nak habiskan bonos ko tu dgn makanan je. kami ni nak beraya, lain lah ko tu cuti raya pun tak….

  3. Alauddin Riayat Syah

    apa barang chelsea beb.. baik layan sekolah ulu bertam, melaka..

  4. Alauddin Riayat Syah

    apa barang chelsea beb.. baik layan sekolah ulu bertam, melaka..

    عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري t قال: قال رسول الله الطهور شطر
    الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء
    والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل
    الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم.

    Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
    Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.
    Ucapan zikir SubhaanaLlah dan Al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan
    bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu
    adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual
    dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

  5. cheng1979

    alauddin – Chelsea FC tu dulu Cheng FC.Tapi bile dah dibawa ke oversea namanya dah diubah.Selalu sebut Cheng oversea lama-lama jadi la Chelsea.Ni pasukan tempat aku ni beb.

    zAs – Ala kate jela yang ko memang tak tau ade simbol “+” kat dlam hp motorola tu.Nak ubah citer lain pulak cehhhhh

  6. zAs

    motorola beb… mcm2 ada!

  7. cheng1979

    yela motorola ade 2gb memory dgn 2 megapixel tanpa flash tu lupe plak aku.hp mendahului zaman, 2gb tu beb.Taknak beli kamera ke?aku bole tolak kamera sony aku 3.2 megapixel.Harga untuk kawan-kawan.Bole amik gambar masa raya nanti.

  8. “minum air soya yang dicampur dengan air paip”

    petikan kata-kata YB… YB… hang minum air soya campur air paip ker? I nie, tkde duit sekali pon, tk penah campur makanan sebegitu…

  9. mai yg ada super power

    viva la vi ASTON VILLA…

    yb Cheng : best arrr MOTOROLA..

    zas : tekan nombor satu byk kali..jumpala simbol ‘+’ tu..hehehehehehe

  10. zAs

    tanpa flash? lu silap model lah beb…. hp lu kut yg tak da flash…! hp wa ada.

  11. Cheng ni, takde bonus pon .. tetap makan kat hotel.. ada bonus silap2 pegi oversea nak berbuka poser..

  12. cheng1979

    Aemy – pemgalaman beli kat pasar ramadan.takan masa nk beli tu nak rs dulu air tu.pas berbuka jela dpt tau air tu campur dgn air paip.

    Mai – takpela ko tgk jela keputusan Aston Villa tu.nant aku suh sebutkan nama pemain Aston Villa. jgn tak tau pulak ye.

    zAs – yeke ade flash?ingat takde… kalu takde fash kat hp lu, aku nk pinjam Abg Jalil unit foto punya flash.Gamkan kat hp lu.tu mai dah ajar guna cr “+” hp motorola hehehe… mesti baru tau tu.

    janji2hati – biasala vitamin m laki + advance bini tekak ari2 rasa lain jer.kena layankan jugak kang tak lalu nk makan sakit pulak.dah tak bole berkerja pada Hari Raya ke- 3 nanti.

  13. zAs

    duit tu byk mana pun tak kan cukup, jadi beringatlah. jgn lps raya sok mkn serdak kuih lak… ingat contoh member kita bila beli lenses dulu? trus makan kuih keling je akibat tak da duit.

  14. cheng1979

    erkkkkkkk… insap insap sambil ingin makan di restoran insaf Jalan Tunku Abdul Rahman… pekena kambing sekali best ni

  15. Wak_JoyoSintono

    Hidup kena berjimat cermat. Makanlah ala kadar. Jangan membazir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s