Fakta benar mengenai Diha

1. Suka makan ais krim tak kire demam atau selsema (ikut perangai sapa le nih).
2. Sangat takut dengan kucing tapi ada anak patung karekter Tom peneman ketika tidur (apakah?).
3. Minum susu botol sebelum tidur (kalau takde ni tak leh tido kompem).
4. Sangat obses dengan toy masak-masak (hampir tiap-tiap hari aku kena jadi tester untuk masakkannya).
5. Menyebut bidanes iaitu petronas dan bekdanes iaitu Mc Donald tapi aku leh paham (terer kan aku).
6. Sangat suka ke Tumbletot.
7. Suka makan spagetti atau apa-apa yang bercirikan mee.
8. Selepas main dengan toy dia akan kemaskan termasuk kemaskan toy adiknya.
9. Sangat susah untuk mengambil gambar dia. gambar di atas tu pon diambil secara candid.
10. Akan menyambut hari lahir ke 4 tahun pada 6 disember 2008 dan akan ke sekolah tadika pada tahun hadapan (besar dah anak aku).
Fakta benar mengenai Afiq

1. Suka buat mulut seperti di atas.
2. Sudah pandai menagis ala-ala menjerit-jerit jika nak susu (alahai kalau susu tu boleh buat dlm masa 5 saat takpelah Afiq oiii).
3. Pandai menyusur bawah-bawah kerusi, meja. Takleh leka sekejab terus ada bawah meja.
4. Tidur sangat lasak. Malam posisi sopan pagi-pagi sudah posisi lain.
5. Gigi dah tumbuh 2 batang di bahagian bawah.
6. Dah start bagi makan makanan bayi dan makan dengan penuh selera (habis).
7. Sudah mula bercakap dengan bahasa sendiri.
8. Bangun malam sekali sahaja dan baru-baru ini bagun ketika jam 1.00 pagi. bagi susu dan apabila sudah kenyang letakkan kembali ke katilnya dan dia akan tidur nyenyak sehingga pagi (good boy).
9. Sangat susah nak buat dia ni ketawa terkekek-kekek. Senyum senang je.
10. Akan menyambut ulang bulan yang ketujuh pada 16 hb ini.

Yeay… nampak tak gigi saya?