Hi all… lama tak update alih-alih terus update pasal masakan keh keh keh…
oklah tanpa membuang masa tuan-tuan dan fuan-fuan, boleh lah salin Recepi Fried Spagetti Bolognese ini.
Atas permintaan ramai (wah ramai ke…) aku sertakan resepinya ok
Bahan-bahannya…..
1) Bawang putih
2) Olive oil
3) Slice Meat (boleh dibeli di Gi*nt berdekatan anda)
4) Cendawan butang dipotong nipis
5) Udang (boleh juga guna sotong atau makanan laut lain mengikut selera anda)
6) Sos Spagetti Bolognese Tradisional
7) Mixed Herb

Cara memasak….

tumiskan bawang putih...

setelah naik bau... masukkan slice meat dan kacau

setelah kacau dan daging tersebut masak... masukkan udang. jika tuan2 dan fuan2 ingin menggunakan sotong pon boleh juge

kacau dan kacau... dan jika udang dah masak masukkan cendawan butang

kemudian masukkan tomato yang dicincang dan kacau

masukkan sos spagetti

kacau dan kacau... masukan garam atau pon secukup rasa... jika nak pedas boleh masukkan lada hitam

masukkan spagetti dan gaul-gaulkan...

akhir sekali masukkan mixed herb dan gaulkan

dan akhir sekali siap dan boleh dimakan... seelok-eloknya hidangkan panas-panas dan nak lebih menarik taburkan cheese... Selamat Mencoba...
Like this:
Be the first to like this post.
tengkiu2 sbb memenuhi permintaan ramai (ramai ke?ke aku sorang je…heheheheee)….thanks kat diana gak (sbb sure diana yg ajar ko masak ni kan?heheheee)bleh try hujung minggu ni….kalau ada resepi best2 lagi sila2lah update ya….tq
akhirnya anda telah update blog. Tahniah, semoga usaha ini berterusan.. jgn separuh jalan je ye en. Ajaq..
boleh cuba ni jaq, jangan lupa ayam golek pula ye hihi
Jank masih tak dpt lawan ayam panggang ko tu hihi