Februari 23, 2009...7:25 am

Filem Geng

Terus ke Komen

Seletah 6 tahun tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang. Pada 13 Feb 2009, kami bertiga pergi ke TGV KLCC dan Afiq tinggal bersama babysitter (sian sok dah besar leh join k). Nasib baik teknologi sekarang ni dah maju bole tempah tiket online sajer dan charge RM 1 sahaja, ok la tu kan dari nak beratur panjang-paanjang kan. Kekok jugak nak beli tiket wayang ni biasalah dah nak dekat 6 tahun tak pegi tengok wayang. Aku peminat filem animasi lebih-lebih lagi Filem 3D. Dan Tahniah pada production Les qupac (betul ke eja ni) kerana menghasilkan filem geng ini.

Aku menilai Filem ini dari 4 aspek. Pertama skrip, kedua storyboard (papan cerita), ketiga animasi, keempat pelakon. Aku rasa ni skrip ni antara yang betul-betul mantap yang dihasilkan untuk Filem Geng ini. sebabnya kalau kita mempunyai animator yang dapat menghasilkan animasi yang bagus tetapi skrip tyang tak begitu hebat jadinya filem animasi tersebut kaku dan tiadak menarik. Kedua dengan gabungan skrip yang mantap dan penghasilan story board yang begitu teliti menghidupkan filem animasi Geng ini. Kalau korang tak percaya korang tengok filem ni dari mula sampai akhir memang gelak sampai nak pecah perut. Filem ni juga diselitkan dengan adegan-adegan cemas dan membuatkan kita suspen bile tonton huhuhu seronok. Keempat, penghasilan animasi yang berjaya. Well… memang takleh nak bandingkan dengan filem animasi luar tapi bagi aku animasi dia memang dah cukup menarik dengan suasana kampung cantik dan bagi aku ferfect. Keempat, pelakonnya aku ucapkan syabas dan tahniah kerana dapat menghidupkan watak dalam filem Geng ini. Aku rasa semua pelakon dalam filem ini bukan pelakon yang pernah membintangi drama atau filem. Syabas dan tahniah aku ucapkan pada diaorg.

Saper-saper yang belum menonton filem ni jangan lepaskan peluang. Filem Animasi yang terbaik. Syabas dan Tahniah pada produksi filem ini (4 1/2 bintang aku bagi daripada 5 bintang)

9 komen


Tinggalkan jawapan