
Sebenarnya aku tak tau camner nak mulekan citer ni. Awal tahun ni (kire awal Januari) rumah aku ada wat major reno lah. Kontraktornya kire rekeman kawan opis bini aku. So we all decide setuju la dengan the price yang ditawarkan untuk major reno ni. Harga yang ditawarkan oleh kontraktor tu termasuk tinggikan bumbung bilik aku ( gambar di atas), tambah bumbung kat belakang (tempat sidai baju), buat rak kasut + stor peralatan, buat batu kat pokok mangga depan rumah aku dengan repair benda kecik-kecik yang lain.
Apa yang buat aku sakit hati kerja dia sebenarnya ok cantik la tapi finishing dia teruk dan apa yang aku alami sekarang ni bilik aku banjir bila hujan dan dah 4 kali dia buat benda ni. WTF kan… mule la aku nak mencarut ni. Semalam pon petang hujan dan aku pon call dia cakap bocor lagi. Darah aku dah le mendidih time tu tapi aku sabar lagi pastu dia cal aku balik nak magribtanya aku dah sampai ke belum, aku ckp dah pastu dia cakap esok (arini dia repair lagi) dengan kaedah lain. Aku buat endah tak endah je ape dia cakap tu. Bengang takyah citer la. Almari baju aku sampai rosak bile kena air hujan tu.
Pastu yang buat aku sakit hati lagi, member bini aku ada sound kat dia buat kerja elok-elok sebab dia yang rekemen. Pastu bole dia ckap dia wat reno ni dia tak dapat untung sebab dia code salah (hal ni kontraktor tu tak citer kat aku tapi dia citer kat member bini aku tu). Masa mule-mule dia datang dan kali kedua dia datang aku suruh dia ukur dan buat anggaran berapa tapi dia bole cakap tak perlu dia tahu. See bodoh kan kontraktor ni pastu cakap rugi takde untung. Dah le kejab-kejab minta duit nak beli barang itu ini tapi hasil tak semenggah. Sorilah ye aku takan promot ko kat sape-sape hasil kerja yang sangat teruk. Pasal bumbung tu aku ada cakap kat dia suh tinggikan yang atas (puncak tengah-tengah) tapi tak nak dengar. Sekarang ni air nak mengalir kat bumbung bilik aku sbb bumbung bilik aku dah naik sikit kire air tak mengalir sampai ke gutter. Aku takde ilmu kontraktor pon tau dia dah biasa buat lagi tak tau camner nak selesaikan. Bengang betul aku.

Gambar dalam bilik masa naikkan batu, tinggikan bumbung.
Nota kaki : Sorilah my wife tak sempat nak jawab tag u tu idea tengah takder.
25 komen
Januari 30, 2009 at 2:23 am
Salam,
YB… itu kira dh siap ker? Takkan leh nmpk kayu kayan tu? Kontraktor tu tk tutup balik ke ngan siling cam biasa? Takkan biar gitu jer? Kang tido mlm nmpk hantu jam berjuntai kt tiang2 bumbung tu hehehe. Cam citer dulu2 la.
Wslm
Januari 30, 2009 at 3:05 am
aemy – dah tutup dah… tu gambo masa tengah buat. sekarang ni air hujan mengalir kat celah-celah siling tensen betul aku.
Januari 30, 2009 at 4:00 am
salam,
camner boleh jadi gitu… tk pasal2 bilik ko bertakung ngan air kt bumbung tu…
kang pada satu hari, sedang ko lena tido, bumbung tu runtuh sbb dh penuh ngan air… mau ko mandi mcm kena gelombang tsunami hahaha
wslm
Januari 30, 2009 at 7:01 am
bengang tul gwe..letak le sekali gambo yang dah tutup dah siap sekali…hu..hu..hu..bengang selagi takde sambal udang ni
Januari 30, 2009 at 7:02 am
aemy – nasib baik masa kejadian hujan tu tak tido kat katil kalu tidak mcam mandi kat shower la
Januari 30, 2009 at 7:08 am
Salam,
bukan YB.. mcm ala2 hindustan tgh nyanyi2 kt taman bunga.. sbb titik titik hujan hahaha
Tp mana ko tau nk ujan? Syok2 ko tido.. hujan pon turun.. Esok2 ko g keje, tkyah mandi.. tukar baju je. Baju tido pon tkyah cuci
Wslm
Januari 30, 2009 at 7:48 am
aemy – aku tau lah aku kan ahlil nujum…
alauddin – sambal udang kat situ tak sedap… aku makan pon tak abis (bobo tolong cover aku ko sendiri nak buat pada tarikh tu kan?).
Januari 30, 2009 at 3:11 pm
kalau tak skang, ble2 harus jawap itu tag eh?
Januari 31, 2009 at 12:36 am
Selalu sangat dengar masalah yang begini. Hmmm…tidak tahu mana silapnya. Sebaiknya, kita sejak kecil tahu asas kemahiran apa jua, supaya tidak mudah ditipu oleh puak kontraktor begini.
Dan jika ada kemahiran, boleh buat sendiri. DIY. Macam orang barat. Kan?
Mujur abah saya kontraktor yang memuaskan hati. Rumah baru nanti cadangnya upah abah sahaja. Tapi tak sampai hati pula, abah sudah berumur.
Januari 31, 2009 at 9:25 am
lu apa ar jak, amek gambar bumbung!! amek ar gambar kontraktor kelas Z tuh, letak kat blog so orang lain takkan amek dia buat kerja…dan dia akan mula meniaga di Pasar Keramat
Februari 3, 2009 at 1:07 am
my wife – tak tau la biler tapi kena tunggu q.
bayan – ada kontraktor yang boleh buat dan hasil kerja sebelum ni memuaskan hati tapi dia tak dapat nak buat sebab ada projek kat Perak. semalam hujan pon bocor lagi hati dah bengang tahap maksimum mujur dia bukak balik nak buat yang baru.
art – nak buat gak camtu kena tunggu hasil dia pasni camner pulak pas dia baiki.
Februari 3, 2009 at 2:08 am
setuju! setuju! letak je gambo kontraktor tu..
pastu kan.. letak la gambo sebelum, semasa dan selepas. baru la dpt tgk cemana gaya bocor atap tu..
susah aa nak imagine dengan ayat ko tu.. daya imaginasi aku x tinggi sangat.. ahahhaha..
Februari 3, 2009 at 5:25 am
Salam,
Setuju2 dgn cdgan tu. Ko eksen2 nk ambik utk kenangan.
Nnt ko buat entry “Teman Tapi Menyampah” hehehe
Wslm
Februari 3, 2009 at 5:38 am
janji & cik panda – nanti aku letak gambo air yang turun melalui celah-celah siling. Semalam bini aku ade amik gambo tu.
Februari 3, 2009 at 8:14 am
Salam,
YB.. bukan cik panda punya komen tu. Cik Aemy yg cute bg komen ni. I silap guna ID laaa
Wslm
Februari 3, 2009 at 8:19 am
wah wah apekah kaitan cikpanda dan aemy??
nak kena siasat ni.. hehhehe
Februari 3, 2009 at 8:25 am
Salam,
aritu kira nk bantu cik panda cantikkan blog die.so, i tgklah admin die… tup2 lupa log out. so i terpost guna id die…
cik panda punye avatar kan tk cantik mcm i hehehe
wslm
Februari 3, 2009 at 8:30 am
janji – yela kan… spekulasi ni… walaupon dia dah bagi kenyataan membela diri tapi kena siasat ni. kena guna CSI
Februari 3, 2009 at 8:40 am
Salam,
Siasat la YB… Aku tak heran. Aku kan org jahat… hahahaha (gelak jahat)
Cikpanda tu adik kesayangan aku. Die kan blur, so aku tolong selamatkan kebluran die huhuhu… selamatkah cikpanda di tanganku (sambil tangan memegang dagu)
Wslm
Februari 3, 2009 at 8:54 am
sian sampai membantu wat blog… cam ruangan pulak aku rasa…
Februari 3, 2009 at 9:14 am
Salam,
Biasalah YB.Hidup kena saling bantu mbantu.
Org dengki jer yg tk suka tgk keadaan aman camni…Cthnye YB sendirila hahaha(gelak jahat lagi)
Wslm
Februari 4, 2009 at 2:14 am
ahhaha siap ade pembantu.. lepas ni pembantu yang tolong hupdate blog tu hari-hari ye..dah tumbuh lalang dah blog tu..
Februari 4, 2009 at 3:21 am
Salam,
Maz sayang, kan dlm skt pun ada. membantu dlm…. kenalah dipraktikkan. baru lalang tk tumbuh… u all tunggulah blog org tu akan jd grand.Blog YB pun kalah.Masa mnentukan huhuhu
wslm
Februari 4, 2009 at 8:11 am
janji – kita tunggu dan lihat wahahaha
Februari 9, 2009 at 2:41 am
sabau ajelah… hidup ni kdg2 ada untung, kdg2 rugi… tp rugi x selalu kan ! ia satu pengajaran yg berguna jugak .