September 30, 2008...12:38 am

Esok Hari Raya… Esok Hari Raya

Terus ke Komen

Yup esok hari raya dan aku masih lagi bertugas di organisasi yang aku cintai ini. Kalau di melaka hari ini disebut mantai iaitu hari sebelum Hari Raya. Kalau kat rumah mak aku sekarang ini tengah sibuk buat persiapan untuk esok. Menu untuk esok kat rumah Melaka adalah rendang ayam, rendang daging, rendang itik (aku kureng sikit makan itik ni tapi bile wat rendang sedap), sambal udang, sambal ikan bilis, serunding kelapa, kuah kacang, makan dengan ketupat (masa aku taip ni air liur dah kecur dah ni). KL jalan pon sudah lenggang. Agak mudah untuk aku merempit (kereta bukan moto ye). Menjelang nak raya (semalam) ni ramai lagi orang shopping last minit seperti aku hehehe… Alah bukan beli baju cuma beli butang baju melayu untuk ayah aku dengan anak buah aku je. Member opis sempat rembat baju lagi (t-shirt raya). Semalam banyak jugak pahala kurang terutama semasa bayar tiket parking (pentadbiran tau la hal ini).

Bro amik la baju golf ni.Smart Bro…

Aku takleh amik baju yang belang ni… nanti nampak kebesaran…

B**** la, kata tak nak amik baju belang-belang ni amik jugak.

Ye ke?Aku ade cakap ke td?… aku ada terbaca je dalam artikel, badan macam aku takleh baju belang-belang tapi terpulang pada kehendak kita nak atau tidak.

Hampeh… tu la dia nafsu shopping raya. Nafsu mengatasi segala-galanya. Tu selagi tak takbir pagi raya masih lagi ade berkeliaran kat jalan TAR nak beli barang.

Oklah kepada pembaca blog aku ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya sekali lagi dan selamat memandu balik kampung (selamat pergi dan balik). Petang ni baru aku dan famili akan pulang ke Melaka tapi tak tau lepas Zohor atau lepas Asar. Tengok keadaan lebuh raya maca mana dulu. Dan kepada member aku yang nak balik kampung Selayang tu pastikan kereta diservis, minyak isi full (takut habis ditengah jalan, Selayang dengan Pantai Dalam jauh ok). Brek keta tu kasi dia makan nasik dulu sebelum memulakan perjalanan.Nanti brek tu dah kenyang dan dia makan (petua ni).

11 komen


Tinggalkan jawapan