Sedikit update pasal my anak bujang Afiq. Dah 5 bulan pada 16/9/09. setakat ini perkembangan sungguh menyihatkan. Lihat lah gambar. Last timbang masa 4 bulan aritu dah 7 kg lebih… sekarang aku rasa lagi la bertambah sebab baby sitter dah start suap bubur nasi yang diblend. Afiq katanya dah makan 2 senduk bubur nasi.

Sekarang ni bulan puasa tido dalam kol 10 malam (kadang-kadang lewat) dan bangun pukul 5 pagi. Setakat ni dah 18 Ramadan belum miss lagi la sahur aku ni. Alhamdulillah… Satu je perangai afiq ni, dia suka masuk tangan dalam mulut. Dia jolok-jolok tangan dia dalam mulut selalunya pas dia minum susu. Ape lagi kalau dah lepas minum susu dia jolok tangan masuk dalam mulut? Termuntahlah susu yang dia dah minum. Abis cadar katil aku, tilam dia, bantal dia, dengan baju seluar dia lencun kena muntah. Pas dia muntah dia senyum-senyum manje rileks je. Aku la kena tukar baju dia sebelum bawak ke rumah baby sitter. Minggu ni je dah 2 kali aku tukar cadar katil.


Kak Long Diha pulak sekarang ni dah mula suka makan nasi. Orang berbuka je sibuk dia pon makan sekali. Siap baca doa dulu sebelum makan. Kalau terlupe dia ingatkan kita (alhamdulillah… bagus2). Makan pon sekarang habis tak mcm dulu makan main-main jer selalu tak habis. Nak mintak tolong bole ler diharapkan tapi kadang-kadang tak dengar jugak cakap. Nak amik gambar sekarang sikit punya susah. suruh pandang kamera ade jela dia buat gaya macam-macam. Nak kasi gambar tu kelihatan unik la lain dari yang lain ler kononnya.

Nota kaki : Yeay esok aku cuti…
17 komen
September 18, 2008 at 4:07 am
mmg sihat nya Afiq.. ni expose utk bapak husna eh? maklum la nak buat menantu.. ke dah beralih arah ke shananana pulak? melepas husna.. hahhaha..
September 18, 2008 at 4:13 am
husna dah ada yang punya lah akak…. ajak tak layak nak jadi pak metua dia…
September 18, 2008 at 6:24 am
janji2hati – Dua-dua sekali.Kawin 2, adil dan saksama.
September 18, 2008 at 7:11 am
Wah, awal2 dah parikan anak ni..hehe
September 18, 2008 at 7:12 am
Pairkan anak..Silap tulis.hehe
September 18, 2008 at 7:20 am
Akhirnya sin chan keluar juga di blog papanya.
September 18, 2008 at 7:27 am
wah!!!rambut anak ko cam simba da lion version kurang rambut..hahahahaha
September 18, 2008 at 7:33 am
gambo yg pertama tu mesti baby tu tgh terperanjat sbb tgk rupa ayah dia….! toing….!
September 18, 2008 at 7:40 am
wak – biasala sok bile dah besar senang.bini dah scan belum?dah scan bgtau le awal2 leh anak aku kawin 3 sekali gus (kalau girl la) hehehehe….
alauddin – shin chan sekarang ni muntah je.jgn sok tgk awek je muntah hehehe…
mai – lom lebat lg tu cukur bantal.
zAs – bapaknya kan hensem tu yang dia suka tu.
September 18, 2008 at 8:34 am
wahh kalo Wak Joyo dapat baby boy, Sin Chan ada saingan aa..
kalo baby girl, abes la Sin Chan belasah sume..
September 18, 2008 at 12:40 pm
adehhhhhhhhh…. perebutan menantu la plak…. insaf2 lah wahai bapak2
September 18, 2008 at 9:50 pm
janji2hati – kalu ade saingan best man win la… hehehe…
aemy – sekarang kena main cop2.sok senang… lgpon bakal besan pon dah kenal takde masalah… nak discuss bagi less hantaran pon takde la nak malu-malu tanya hehehe…
September 19, 2008 at 8:08 am
klu tak tau ngaji jgn mimpi nak jadi menantu i lah yer… biar tak da degree tp mesti tau ngaji. cheng, org kat opis suma kutuk lu hari ni. mesti lu tak tau kan…?
September 19, 2008 at 11:01 am
tkyah la YB. I kalo boleh, tk nk berbesan dgn yg org yg i kenal. Susah. Esok2 menantu g ngadu kat mak bapak die. Suh masak ckit tkleh… apatah lg nk marah2 menantu… Mau gaduh beso … dr kawan jd lawan pasal benda kecik…
September 21, 2008 at 12:51 am
zAs – takper sok jgn menyesal tak bermenantukan anak pak razak…… hahahhaha.aku tau beb sape kutuk saper skrg kan zaman online tak perlu broadband.ni blasa kat hp je ni. hebat tak?motorola tu simpan je kat muzium telekom kat KL tu.
aemy – takper gaduh-gaduh mesra je tu
September 22, 2008 at 1:39 am
lu ingat lu siapa beb…. tak da makna nyer nak nyesal….!
September 22, 2008 at 4:57 am
sok i jd tan sri beb… 30 thn lg…