Sedar tak sedar hari ini hari ke -15 kita berpuasa.Seperti yang kita sedia maklum, tinggal 15 hari sahaja lagi kita berpuasa dan menyambut bulan Syawal.Tapi entri kali ini aku bukan nak bercakap pasal raya tapi seuatu yang lama aku tak dapat sekarang baru dapat.Mungkin rezeki aku balik kampung kelmarin membolehkan aku memberi barang tersebut.Nak tau ape dia? Cheng… cheng… Cheng…
Ni dia benda tersebut air botol kampung cap Long Chan (nostalgia ni nanti aku citer).
Air botol ni zaman aku kecik sampai la besar ni, cap dia masih sama, saiz botol yang masih sama, dan harga yang aku rasa masih sama lagik.Sejak 2-3 thn lepas ayah aku memang borong air botol ni setiap kali raya.Tapi aku frust tak dapat beli untuk dibawa pulang.Aku cuma dapat minum dipagi raya dan dihari raya sahaja di rumah mak ayah aku di melaka.Tapi aku sangat gumbira pada sabtu lepas kerana dapat membeli air botol kampung ini sebanyak 1 peti bersamaan 60 botol di dalamnya (ha ambik engkau 60 botol.Aku, bini aku, dengan anak aku (Diha) yang membelasah air botol kampung ni 60 botol).
Teka berapa satu peti ni? RM 28.00 + RM 7.00 (deposit peti + botol).Satu peti ni ada 60 botol. Sangat murah kan.
Masa awal ramadan lepas aku ada membeli air botol ni, tapi harganya sangat la mahal RM 15.00 untuk 12 botol.
Kalau dahulu zaman aku kecik-kecik, jika aku demam aku ade tiga pilihan :
Pertama : makan ubat cortal (sangat tidak suka walaupon sudah diletakkan perisa strawberi)
Kedua : minum air cap badak (saper-saper penah minum ni tau la rasa air ni)
ketiga : minum air sarsi cap long chan (yaaaaa… saya musti pilih)
Aneh jugak bile difikirkan pada hari ini, macamana air sarsi ni dapat mengubat penyakit demam aku (serius ni takde tipu-tipu ye).Dan apa yang membuatkan hati aku tertarik harganya masih maintain RM 0.49 sebotol sekarang ini.kalau dahulu zaman aku kecik-kecik air botol ini boleh didapati dikedai-kedai runcit dan warung-warung melayu dengan harga RM 0.70 hingga RM 0.80 sebotol (giler la markup).Kalau dahulu saper-saper yang minum air ini zaman aku kecik-kecik dikira kategori anak orang kaya,ayah dan maknya baru mendapat bonus atau duit kutu.
Pati ais krim soda.Sekarang dah jual pati, bole la bancuh air pasni.
Dialog antara aku dgn brader otai jual air botol ini:
Aku : Bang bagi air botol ni satu peti campur eh (sarsi + ais krim soda + oren)
Brader Otai : Boleh, kalau tak campur mana nak datang mabuk-mabuk ye tak?
Aku + Brader Otai : hakhakhakahakhakhakhak… hahahahahahaha (gelak jahat)
Saper-saper nak mabuk-mabuk pada hari raya, datang ler ke rumah aku hehehehehe…



19 komen
September 15, 2008 at 12:50 am
bro, seal sarsi n skrim soda satu utk wa. teringat lah… kat kpg wa mana ada suma ni….!
September 15, 2008 at 1:31 am
zAs – ha bru ko tau nostalgia botol dia tu.Bole takde hal punya.
September 15, 2008 at 2:41 am
betul ke tu botol tu..lain macam je bai..cam botol todi je…muehehehehe
September 15, 2008 at 3:36 am
sama la kite cheng.. kt kampung i pon ada.. kalo raya je ada.. time lain tkde plak.. tp selalu habis stok.. mmg sedap air krim soda tu. mmg murah harganye.
setuju pasal ubat demam tu. rasanye air tu mmg betul2 asli buatannya. tk mcm air sekarang. semua campur larutan apa ntah
wah… alauddin.. kt kpg lg ke? dh kt republik? kalo kpg, ada internet ek? tk mcm kwn sorg tu… balik kpg tkde tenet hehehe
September 15, 2008 at 3:53 am
botol2 ni recycle kot.. sbb tu murah ..
ermm mcm penah rasa aa..tapi masa kecik..habis dia nye kotak tu kene pulang balik ke? ngan botol2 skalik?
“Kalau dahulu saper-saper yang minum air ini zaman aku kecik-kecik dikira kategori anak orang kaya,ayah dan maknya baru mendapat bonus atau duit kutu. ” –> statement nak bitau dia kaya la tueee…. hahahhha
September 15, 2008 at 4:12 am
akak- setuju dgn pendapat akak tu, mmg bongkak skit mamat ni.
alaudin- klu dah cuti tu senyap je lah, napa lak nak nyebok2. g makan tu…
aemy- kpg u mmg byk air ek? tu sbb bayar bil air kat sana ek? kih kih kih… jgn marah aaaaa…..
September 15, 2008 at 4:13 am
Alauddin – Tengok label bai, kalu label selain dari label ni aku tak jamin hehehehe….
Aemy – Wah kat kg u pon ade eh?Memang susah nak carik.Air botol ni best sebab gas dia kurang.Ni ubat demam masa dulu2.
Janji2hati – Ha’a kotak (peti) dgn botol tu kena pulangkan biler dah abis nanti.Dia akan pulangkan deposit kita RM 7.00 tu.Kalu tak pulangkan takpe nant burn jela RM 7 tu.Kalu next kita nak amik lg just bayar RM 28 je untuk 1 peti. Hahaha takdela kaya tp kalu ari2 mintak nak beli air botol mau kena pelempang dgn mak ayah aku.
September 15, 2008 at 6:31 am
wah zAs pulak tolong bg komen untuk sumer org yang komen hehehe bukak blog sendiri la bai kemaruk nampaknya nih….. tahap serius ni hahahaha
September 15, 2008 at 8:16 am
so kalo beli kedai lain , pulangkan balik kedai lain boleh ke?
Mcm mana dia tahu itu botol yang kedai dia punye?
Peti tu ko leh buat sendiri je, pastu tiba2 claim 7 hengget kat tuan kedai tu.. hahhaa..
September 15, 2008 at 9:33 pm
janji2hati – bole cuma di kedai tertentu sahaja.pekedai tersebut akan claim pada dealer sama mcm konsep tong gas.kita kan beli tong gas tu.ble tanak kan bole jual dapat la harga tong tersebut.tapi aku bli terus pd dealer tu yg best.kalu beli kat kedai runcit tak dapat harga tu.botol dia standard, tp kalu ko tgk botol dia sama cam botol kicap dan semua botol ni direcyle blk.kalu terer buat ler, tong tu very unik.ko susun botol-botol tu sampai penuh cukup ler 60 botol dlm tong tu.takyah kire mmg tepat.mmg bole wat tong kak, tapi mana nk cr 60 botol kosong sumbat dlm tong tu.tak koser ai nak buat tong pastu cr 60 botol kosong letak dlm tu.dpt dlm RM 7 tak berbaloi langsung.
September 16, 2008 at 12:47 am
hahahahahahahahahahahahahahahaaaaaa!
September 16, 2008 at 4:24 am
huhuhuhuhu..aku suke air gas ni..sgt best..kat kpg aku sarawak adeeeee…wohoooo!!!!
yes!!balik ni dpt minum..
September 16, 2008 at 6:12 am
sesiapa tlg lah bgtau kat mai yg dia sbnrnya tak da super power… tlggggg lahhhhhhhhhhh……! kesian dia sbb dia masih tak tau. nanti dia cerita kat org kpg dia yg dia ada power…. mesti org kpg dia percaya sbb mrk suma sama je dgn dia, “blur”…
September 16, 2008 at 9:44 pm
betul la bai dia ade super power… ko je yang tak tau.
saper-saper dah isi borang cuti tu selamat bercuti la ye… jgn cuti lama sgt lemau nant
September 17, 2008 at 1:13 am
ha aa la lupa nak isi borang coti..
ko takyah isi la Cheng, ko x cuti kan.. ko kan pekerja contoh..
September 17, 2008 at 1:29 am
bkn pekerja contoh lah akak, tapi anak yang dipinggirkan… kurang kasih sayang lah tu…. hahahahaha… bangla dan akak indon cleaner ni pun cuti lah… sedih tul member i nie…
September 17, 2008 at 2:08 am
nanti i buat satu entri kenapa i tak cuti lama-lama.takut menimbulkan fitnah hihihi
September 24, 2008 at 1:56 am
salam…
leh kasi tau kt man ada jual air ni…
nk amik dlm kuantiti byk la…
klu leh kasi add or contact person lg baik..
mekasih..
September 24, 2008 at 4:48 am
jebat – ko duk kat melaka ke?kalau duk kat melaka ko kontek no ni.nama brader ni Azhar no tel 017-2231247.tapi kena cepat maklum la musim raya ni takut putih mata je nanti.